0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Cantiknya Isteri Baru Awie.. Jom Lihat Foto Sekitar Majlis Pernikahan Awie Dan Ladyana

awie-kawen

Awie hari ini telah selamat bernikah dengan pasangannya, Sharifah Ladyana 29 tahun.

Pernikahan Awie, 48 tahun berlangsung pada jam 12.10 tengah hari tadi di lokasi yang dirahsiakan atas permintaan penyanyi itu dan keluarganya.

Majlis pernikahan itu dihadiri anak-anak Awie dan anggota keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Hanya sekali lafaz, Awie selamat diijabkabulkan dengan Sharifah Ladyana yang masing-masing menitiskan air mata selepas berakhirnya majlis akad nikah.

Ini komen Awie:

“Dia wanita yang bersederhana dalam segala hal serta pandai membawa diri. Paling penting, dia bukan saja menerima saya seadanya, malah menyayangi anak-anak saya tanpa syarat.

“Keikhlasan itu yang menambat hati saya untuk menyuntingnya sebagai suri hidup. Bagi saya, kebahagiaan ini bukan untuk saya seorang, sebaliknya kepada anak-anak saya yang perlukan belaian ibu,”

Awie memakai baju Melayu rona hitam manakala Sharifah Ladyana nampak anggun mengenakan baju kurung warna sama.

Selesai majlis pernikahan, pengantin bakal diraikan dalam majlis resepsi berkonsep tradisional Melayu di tepi pantai dengan dihadiri kira-kira 250 tetamu, malam ini.

Ini adalah perkahwinan ketiga buat Awie.

awe-1

awe-4

awe-5

awe-7

awe-8

awe-9

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });