0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Che Ta Dedah Untung RM80,000 Sehari Berniaga Di Bazaar

ct

Pelakon yang juga usahawan berjaya, Rozita Che Wan kini dikenali dengan produk minyak wangi keluarannya yang kemudian menjadi trend ikutan para artis untuk mengeluarkan minyak wangi jenama sendiri.

Selain minyak wangi, kini Che Ta juga mengeluarkan losyen untuk memutihkan kulit dan juga minuman kesihatan yang mendapat sambutan baik dari para peminat.

Che Ta kini sering menyertai ekspo jualan, festival atau bazaar kerana keuntungan yang memberangsangkan dan pernah mendapat keuntungan bersih sebamyak RM80,000 sehari.

Ini pendedahan Che Ta:

“Saya masih berniaga melalui stokis-stokis yang dilantik dan melalui bazar-bazar yang kami sertai kerana keuntungannya lebih memberangsangkan.

“Kalau di bazar biasanya sehari sahaja saya boleh dapat keuntungan bersih RM80,000. Malah selaluinya produk-produk yang kami jual tidak ada yang dibawa pulang.

“Setiap kali bazar atau festival ini saya akan letak target berapa yang akan terjual dan saya akan bekerja keras untuk habiskan stok atau capai target itu,”

“Saya tidak pernah rugi lagi setakat ini dan prinsip saya suka ambil risiko, walaupun dalam perniagaan kita kena uji market dahulu sebelum jual.

“Saya suka redah sahaja dan usaha kuat sikit agar produk itu habis seperti yang dirancang,”

Memang hebat pencapaian Che Ta, murah rezekinya. – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });