0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ini Biodata Hafiz, Lelaki Yang Tak Jadi Berkahwin Dengan Fara Fauzana

fafau

Fara Fauzana telah mengejutkan orang ramai apabila memaklumkan bahawa perkahwinan beliau bersama jejaka bernama Hafiz terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun Fara Fauzana memilih untuk tidak mendedahkan sebab dan punca sebenar pembatalan majlis tersebut dengan menyatakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Cuma dikatakan mereka tidak sependapat dan sehaluan sahaja.

Ini kenyataannya sebelum ini:

“Dengan penuh rasa dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsikan”

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,”

Sementara itu Fara yang mesra disapa Fafau, memberitahu bahawa keputusan ini ternyata sukar buat dirinya, malah pada ketika ini beliau sedang melalui situasi yang amat sukar dan memerlukan sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.

Ini biodata penuh Hafiz:

Nama Penuh: Mohamed Hafiz

Umur: 38 Tahun

Pekerjaan: Usahawan / Ahli perniagaan

Asal: Perak

Alamat Terkini: Shah Alam, Selangor

Semoga Fafau dan Hafiz kini berehat dan tenang hadapi dugaan hidup. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });