0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ini Komen Ibu Buntat Apabila Fizikal Anaknya Diejek

b

Kini nama Buntat semakin popular terutama di laman media sosial FB, Twitter dan juga IG.

Apabila semakin popular, ada pihak yang telah mengejek dan mengutuk bentuk fizikal Buntat.

Ibu kepada Buntat, Rosdiana telah tampil memberi respon tentang hal ini.

Ini komen ibu kepada Buntat.

“Fizikal anak saya memang seperti dalam gambar dan TV. Dia mengalami disleksia sejak berusia enam tahun lagi. Disebabkan itu dia lebih gemar melakukan apa yang dia suka saja.

“Apabila mula bersekolah, dia ditempatkan di kelas pemulihan Bahasa Malaysia. Kekurangannya di situ sahaja, selebihnya dia seperi budak normal lain.

“Apabila ada segelintir pengguna laman sosial mengejeknya, saya tak terasa pun. Malah saya tak nak ambil kisah.

“Saya beranggapan mereka tak tahu keadaan sebenar anak saya,”

“Sememangnya, saya tahu kelemahan anak saya, jadi apa saja persepsi yang dilemparkan kepadanya saya anggap ia lumrah dan perkara biasa dalam bidang ini.

“Saya juga percaya tidak semua orang suka dengan apa yang kita lakukan. Sebagai ibu saya mengajar anak untuk menerima setiap kritikan,”

Ternyata Rosdiana tidak berkecil hati apabila ada pihak yang mengejek fizikal anaknya.

Tambahnya, anak sulungnya yang berusia 12 tahun itu mengalami disleksia yang hanya cenderung kepada perkara yang diminati sahaja.

Menurutnya, Buntat atau nama sebenarnya Ariff juga turut menghadapi masalah untuk membaca dan menulis.

Walaubagaimanapun dia mempunyai daya pemikiran yang normal.

Rosdiana lebih bersikap terbuka dan mengambil segala kritikan terhadap anaknya sebagai sesuatu yang positif. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });