0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ini Respon Ally Iskandar Tentang Kes Penceraiannya

allyy

Pengacara TV3 Ally Iskandar akhirnya membuat satu pengumuman yang mengejutkan setelah pelbagai spekulasi mengenai rumah tangga berlaku sejak akhir-akhir ini.

Ally Iskandar dan isterinya Farah Lee akhirnya disahkan telahpun bercerai.

Ini komen dari Ally:

BismillahirRahmanirRahim,

Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media, dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin Romli, 27. Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respon secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan.

Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah saya failkan dengan persetujuan Nurfarahin.

Pada 17 Ogos 2016, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, saya telah melafazkan cerai talak satu ke atas Nurfarahin di hadapan Hakim Syarie Azzeman Omar.

Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.
Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga, dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya adalah baik.
Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami.
Besar harapan saya agar kenyataan ini terhebah dengan hikmah. Saya doakan yang terbaik buat semua.
Semoga Allah rahmati kita sentiasa.

ALLY ISKANDAR MOHD MARDZI
19 Ogos 2016

Semoga kedua-dua pihak tabah hadapi dugaan ini. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream. Mereka bersetuju untuk berbaik baik walaupun telah bercerai demi menjaga anak mereka itu. – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });