0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Isu Kek Pernikahan Amar Dan Amyra Berulat, Ini Penjelasannya

kekk

Kek di majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli menjadi viral baru-baru ini.

Pembuat kek untuk majlis pernikahan Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Anne Idris tampil menceritakan kisah sebenar.

Dia menafikan tuduhan kononnya kek untuk majlis itu sudah berulat selepas sebulan ia dibuat.

Anne menjelaskan kek tersebut dibuat pada 10 November iaitu sehari sebelum majlis pernikahan pasangan itu berlangsung dan dia menggunakan bahan-bahan yang paling baik serta tahan lama berbanding kek biasa.

Ini kenyataan dari pembuat kek tersebut:

Terkilan Tuduhan

“Saya terkilan ada komen-komen negetif mengatakan kek tersebut sudah berulat kerana dibuat sebulan lalu seperti viral di laman sosial.

“Sebulan yang saya maksudkan ialah persiapan untuk hiasan kek kerana saya perlu buat hiasan rama-rama bertatahkan batu swarovski.

“Untuk sebiji kek ia mempunyai kira-kira 11,000 biji batu swarovski jenis paling mahal dan ia bukan senang untuk dilekatkan,”

“Kek begitu cantik memang rasa sayang nak makan, ada pelanggan saya sebelum ini makan kek itu selepas dua minggu dan ia disimpan dengan baik dalam peti ais.

“Sebab itu saya akan menggunakan bahan-bahan yang mahal dan boleh bertahan lama supaya ia boleh dimakan selepas selesai majlis,”

Harga Kek

“Saya dihubungi oleh ibu Amyra untuk urusan penyediaan kek ini dan saya tidak boleh dedahkan harga sebenarnya.

“Ini kerana ia terlalu peribadi dan kami ada perjanjian tertentu.

“Secara jujurnya ramai artis yang minta tajaan untuk majlis resepsi tapi ada yang terpaksa saya tolak atas sebab tertentu dan kekangan masa,”

Selain itu, Anne berkata, kek perkahwinan ini merupakan kek kelima ciptaannya yang menjadi viral dan diperkatakan di laman sosial termasuklah kek untuk majlis perkahwinan Anzalna.

Anne dari kedai MyMumsBakery kini mempunyai lebih 100,000 pengikut di laman sosial Instagram. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });