0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kisah Sebenar Pelakon Aishwarya Rai Cuba Bunuh Diri

aai

Pelakon Aishwarya Rai Bachchan telah menjadi sebutan kerana gambarnya diusung ke ambulan menjadi viral kerana dikatakan cuba membunuh diri.

Ramai tertanya-tanya tentang kisah ini adakah ianya sahih dan apa kisah sebenarnya?

Setelah beberapa jam kisah ini tersebar meluas di serata dunia, akhirnya segalanya terungkai.

Aishwarya Rai sebenarnya menjadi mangsa terbaru khabar angin palsu berhubung kematiannya.

Laporan mendakwa Aishwarya membunuh diri dengan menelan dos berlebihan pil penenang berikutan pergaduhan dan mempunyai masalah keluarga.

Dari laporan palsu itu juga menyatakan tindakan bekas Ratu Dunia itu tidak dihebahkan anggota keluarganya.

Bagaimanapun, penipuan itu akhirnya terbongkar apabila pelakon berusia 43 tahun itu dilihat pada majlis anjuran pereka fesyen terkenal India, Manish Malhotra pada malam Ahad.

Ini komen rakan Aishwarya Rai:

“Saya ada bersama-sama Aishwarya dan suaminya, Abhishek hingga jam 2.00 pagi Isnin di rumah Manish.

“Beliau kelihatan berseri-seri dan gembira, beraksi untuk bergambar. Ramai tetamu memuji penampilannya dalam Ae Dil Hai Mushkil dan Abishek kelihatan gembira dengan pujian itu,”

Terdahulu, khabar angin tersebar menyatakan keluarga Bachchan memanggil doktor ke kediaman mereka selepas mendapati Aishwarya membunuh diri.

Bagi menyembunyikan perkara itu, mereka didakwa tidak membawa pelakon itu ke hospital.

Menurut laporan lain, bertajuk Outlook Pakistan, Aishwarya menyalahkan khabar angin mengenai keretakan rumah tangganya sebagai punca beliau membunuh diri. Laman web itu juga memetik kenyataan doktor yang dikatakan merawat pelakon itu.

Blog itu memetik doktor yang tidak dinamakan itu sebagai berkata: “Selepas diselamatkan, Aishwarya berkata kepada saya, ‘Biarkan saya mati, lebih baik mati daripada hidup seperti ini’.” – Agensi/PENMERAH

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });