0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

adnan copy

Komposer terkenal negara Datuk Adnan Abu Hassan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang sebentar tadi. Allahyarham dikatakan menghembus nafas terakhir kira-kira jam 2.15 pagi.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tengah malam kelmarin kerana menghadapi masalah sukar bernafas. Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di hospital tersebut tengah malam Khamis kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang.

Allahyarham hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.P encipta lagu Helen Yap adalah antara aktivis seni terawal menulis mengenai kepulangan Adnan awal pagi ini. Melalui Facebook dia berkata industri muzik negara mengalami kehilangan besar dengan kepulangan Adnan ke rahmatullah.

“Rakan saya, seorang penulis dan penerbit lagu terkenal, alumni Berklee Datuk Abu Hassan baru saja meninggal dunia beberapa minit lalu.

“Pemergiannya arwah adalah satu kehilangan besar buat industri muzik tanah air.

“Saya baru saja kehilangan rakan seperjuagan selama 36 tahun,” tulisnya.

Adnan dikatakan diserang angin ahmar pada November tahun lalu dan penyakit itu datang semula kira-kira dua minggu lalu.Selain menjadi penggubah lagu dan penulis lirik allahyarham juga berbakat besar sebagai penerbit album serta penyanyi.Antara artis yang pernah mendapat sentuhan Adnan adalah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Fauziah Latiff, Nora, Datuk Jamal Abdillah dan allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Sebelum ini ramai artis sempat menziarahi beliau di hospital atau sekurang-kurangnya mendoakan kesejahteraan beliau. Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });