0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Korang selalu tak online sesambil tu layan movie kat youtube? Kadang kadang cari website untuk tengok filem secara online setiap masa? Tapi seringkali kecewa kerana perlu bayar mahal untuk dapat akses full movie? Actually, aku antara orang yang gila download dan menonton movie secara online memandangkan nak dapat movie secara original tersangat laaahhh mahal. Tapi kali ni aku nak share dengan korang, satu website yang korang boleh layari untuk tengok movie secara online dengan kualiti yang cantik iaitu Bento Live.

Bento LIVE merupakan pembekal perkhidmatan talian video di Malaysia yang menawarkan streaming untuk video Filem, rancangan TV, Animasi, web episodes dan Trailer dari rangkaian di Amerika Syarikat, Jepun, India, Indonesia dan Malaysia.

Kehadiran Bento dapat mengelakkan muat turun secara haram yang mana keuntungan yang diperolehi akan ke tangan mereka yang bekerja keras dan membantu mengatasi masalah cetak retak yang berleluasa kini. Bento LIVE menyediakan pelbagai genre filem yang korang minat antaranya aksi, drama, komedi, seram dan fiksyen.

 

Sebelum korang dapat tengok semua filem yang disediakan dalam Bento, benda pertama yang korang kena buat adalah register dahulu ye. Korang boleh pilih nak register dengan website ataupun dari smart tv korang ataupun dari smartphone pun boleh. Caranya, korang pergi jek pada Samsung Apps Store dan download Bento.

 

Kalau dah ada akaun tu, bila dah siap terus login untuk menikmati filem kesukaan korang tanpa perlu download dari internet.

Apa yang menarik dengan Bento;

Boleh tengok video dengan kualiti HD, terang dan jelas

Sebelum korang terus menonton filem, korang boleh tengok dulu trailer dan juga baca sinopsis terus dari website

Dengan Bento, korang boleh pause, stop dan rewind balik sesuka hati filem yang korang nak menonton

Setakat aku guna Bento, paling aku suka sebab internet laju jadi masalah loading memang takde. Enjoy jek tengok dengan gambar yang cantik.

Mana yang suka tengok filem luar negara tapi risau tak faham haa jangan risau sebab Bento pun dah sediakan sekali dengan subtitle untuk kemudahan korang. Cuma pilih jek sama macam korang beli vcd kat luar tapi yang ni menyenangkan sebab korang cuma perlu online jek. Mana lagi mudah? Korang sendiri tentukan!

Baidewey, kalau korang dah masuk website bento, jangan lupa check contest latest tu sebab ada hadiah 2x Samsung Smart TV 40inci setiap bulan.

Caranya;

1. Daftar Di BENTO LIVE

2. LIKE BENTO LIVE di Facebook Page

3. SHARE BENTO LIVE Contest Post

4. Beritahu favourite Bento Live movie yang korang dah tengok di contest post.

Nak tahu lebih lanjut, sila layari http://bentolive.com/ dan alami sendiri keseronokan menonton video dengan kualiti HD.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });