0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Mariah Carey Malu Besar ‘Miming’ Persembahan Malam Tahun Baru

Mariah Carey Malu Besar ‘Miming’ Persembahan Malam Tahun Baru

mc
Mariah Carey menerima malu yang besar apabila penyanyi terkenal itu gagal menyanyi dengan baik pada acara sambutan tahun baru di Times Square New York.

Lebih memalukan persembahan itu turut disiarkan secara langsung ke kaca berjuta penonton.

Melalui laporan New York Post, melaporkan Mariah dilihat gagal untuk mengikut rentak ketika lagu berjudul Emotions dimainkan.

Ini ekoran masalah teknikal pada fon telinganya yang dikatakan tidak berfungsi.

Mariah yang kelihatan panik di atas pentas sempat meminta pihak teknikal memperbaiki masalah berkenaan sehingga pada satu tahap penyanyi itu hanya berdiri kaku di atas pentas.

Dia itu kemudiannya cuba berinteraksi dengan penonton dan menjelaskan masalah dihadapinya.

Ini katanya:

“Selamat tahun baru semua! Saya tidak dapat mendengar dan saya cuba berikan yang terbaik buat anda semua,”

Selain Emotions, Mariah juga menyampaikan lagu We Belong Together pada acara tahunan itu.

Dalam pada itu, Mariah yang kelihatan berang tetap meneruskan persembahannya menerusi lagu We Belong Together dan nyanyiannya jelas secara ‘miming’.

Mariah terpaksa menanggung malu besar sebelum bertindak meninggalkan pentas sebelum persembahannya tamat.

Mariah secara tiba-tiba berhenti menyanyi walaupun suaranya masih berkumandang sebelum bertindak meninggalkan pentas meskipun persembahannya masih belum tamat.

Dalam kenyataan segera kepada media berhubung perkara itu, pihak pengurusannya menjelaskan kejadian itu disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dijangka sehingga menggangu persembahan itu. -PENMERAHDOTCOM

Ini videonya:

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });