0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Mia Ahmad Tak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Minta Maaf

Mia Ahmad Tak Dijemput Majlis Kahwin, Saharul Ridzwan Minta Maaf

miiaa

Sebelum ini agak kecoh apabila pelakon jelita Mia Ahmad mendedahkan dia tidak dijemput ke majlis kahwin rakan artis Saharul Ridzwan dan itulah sebabnya dia tidak hadir ke majlis tersebut.

Mia terpaksa mendedahkan perkara tersebut setelah teruk dikritik dan dipersoalkan kerana tidak menghadiri majlis terbabit.

Kini Saharul Ridzwan telahpub tampil memberi respon tentang hal tersebut.

Pelakon kacak ini menjelaskan bahawa semua urusan kad jemputan kepada tetamu telahpun diserahkan kepada pengurus majlis perkahwinannya.

Ini komennya:

“Semua jemputan artis, klien, produser dan kru produksi telah diserahkan kepada pengurus majlis (wedding planner).

“Minta maaf mungkin ada yang saya terlepas pandang,”

Saharul diminta mengulas tentang kenyataan Mia Ahmad yang mendakwa tidak dijemput ke majlis perkahwinannya berlangsung minggu lalu.

Ramai juga rakan artis yang hadir ke majlis tersebut dan antara yang mencuri perhatian ialah Jana Nick. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });