0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Nazrief Nazri Terganggu, Tertekan Dikutuk Peminat Emma Maembong

naz

Pelakon Nazrief Nazri mengakui dirinya terganggu apabila dihentam peminat tegar Emma Maembong.

Nazrief juga berasa pelik apabila ada yang masih menyalahkannya dan marah kerana rapat dengan aktres jelita itu.

Keadaan itu dialaminya sejak dia dan Emma berlakon dalam siri Nasi Minyak Kuah Cinta yang kini ditayangkan di TV3.

Ini pendedahan Nazrief: (Sumber: mstar )

KUTUKAN BERTERUSAN

“Pada mulanya saya okey saja tapi bila lama-kelamaan saya perhatikan kutukan itu berlaku secara berterusan pula. Asalkan saya muat naik gambar dengan Emma saja pasti ada yang hentam saya.

“Kononnya mereka tidak suka saya rapat dengan Emma. Tapi sesetengah peminat tegar Emma dan Zizan tidak suka keakraban kami. Padahal kami hanya berlakon bersama dan tidak lebih daripada itu,”

TIADA MASALAH DENGAN KAMAL ADLI

“Saya dengan Kamal tiada masalah langsung. Mungkin selepas gosip saya dengan Emma keluar beberapa bulan lalu, timbul salah faham juga di pihak Kamal.

“Tapi lama-kelamaan Kamal nampak dan faham ia sekadar gosip. Malah, gosip itu juga menguatkan semula hubungan Kamal dan Emma,”

Selain itu, dalam perkembangan lain, Nazrief akan cuba terjun ke bidang nyanyian tak lama lagi. Semoga maju jaya. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });