0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pee Mak!!! Giler Kelakar Habis!

Salam.

Pee Makkkkkkkkkkkkkkkk! Wallaweh, masa memula aku tengok poster filem ni memang taknak pandang lelama. Bukan apa, aku nih memang penakut nak mampus kalau cerita hantu memang berat jek kaki nak masuk panggung. Kali ni, lepas berkali – kali adik aku pujuk akhirnya mengalah jugak.

Memula keluar babak awal, boleh pulak aku tergelak besar. Mana tak gelak, gila kelakar rambut sorang – sorang. Ada 4 orang kawan yang baru balik dari berperang yang mana dorang nih ikut Mak ( hero) balik ke kampung halaman untuk tengok anak dan bini yang rupanya dah meninggal dunia ketika nak bersalin anak Mak.

Apa yang best cerita ni, dari awal sampai akhir aku gelak sampai nak pecah perut gila kaw kalau ketawa berair mata. Sekejap rasa seram sekejap rasa kelakar sampaikan aku tak sempat fikir rupanya tengah tengok cerita hantu. 4 orang sahabat memang semuanya watak menjadi dan jalan cerita pun tak cliche.  Dari mula sampai akhir 80% memang lawak habis! Dari mula – mula dorang tahu bini Mak tu hantu sampaikan naik perahu pusing tempat sama berkali – kali perut aku jenuh menahan gelak.

Baidewey, rasa macam nak tengok Pee Mak lagi sekali. Hero dahlah hensem tambah pulak heroin cantik. Paling kelakar walaupun aku dah tahu hantu tu bini dia tapi sampai babak pertengahan tu boleh pulak rasa ragu – ragu ingatkan pompuan tu bukan hantu. Sekejap aku fikir kawan dia hantu lepas tu ingat Mak tu yang hantu. Pandaikan dorang twist mind penonton. Dorang punya skrip memang terbaik dalam masa seminit boleh rasa gelak kemudian boleh rasa takut.

Balik rumah, aku google tau hero dia sebab dalam filem gigi dorang hitam legam weyh! Punya tak puas hati dengan muka serba comot tapi lepas aku cari tuh haaaaaaaaaaaa gile hensemmmmmmmmmmmmmmmm! huwarghhhhhhhhhhhhhhhhhh! Peeeeeeeeee Makkkkkkkkkkkkkkk! Oh mai!

P/s: Wajib tonton! Mesti korang rasa berbaloi2. kalau boleh nak bagi 100 bintang dari 10 bintang. Bole? ngeh3.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas