0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pelakon Popular, Emma Maembong Dikejarkan Ke Hospital

ema-sakit

Emma Maembong terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kesakitan di bahagian perut yang teramat sangat.

Walaupun pada awalnya enggan mendapatkan rawatan kerana menganggap ianya sakit perut biasa, namun setelah mendapatkan rawatan Emma didapati mengalami jangkitan virus yang menyebabkan kesihatannya terganggu sejak pagi tadi.

Ini kenyataan dari pengurusnya:

“Buat masa ini, Emma masih tidur selepas diberikan ubat. Doktor memang memintanya supaya tidak diganggu. Sekarang kesakitannya sudah berkurangan, cuma tidak boleh ada pelawat. Kalau tengok keadaannya malam tadi, memang membimbangkan walaupun sebenarnya Emma tidak mahu dimasukkan ke hospital kerana komitmen kerja hari ini”

“Namun, dalam keadaan begini kesihatannya perlu menjadi keutamaan dan kami berterima kasih kerana pihak berkaitan pun memahami situasi ini. Kami minta maaf kerana menyebabkan komitmen kerja tergendala. Saya sendiri tidak dimaklumkan berapa lama Emma akan ditahan di hospital,”

Menerusi akaun Instagram, berita ini turut dikongsi kepada peminat mengenai kesihatan Emma yang sakit.

Sekeping gambar juga dimuat naik menunjukkan Emma sedang terlantar kepenatan di katil hospital terbabit.

Semoga Emma akan cepat sembuh. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });