0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pelawak Harith Iskander Dapat Setengah Juta Selepas Menangi Pertandingan Lawak Dunia

hi

Harith Iskander telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 pada malam penghargaan bersempena kemenangannya pada pertandingan Funniest Person in the World di Finland 10 Disember lalu.

Sebelum ini, Harith membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM444,845) ketika menang di Finland.

Ini sekaligus membolehkan Harith menerima lebih dari setengah juta (RM500,000) keseluruhan setelah memenangi pertandingan lawak berkenaan.

Hadiah RM100 ribu tersebut disumbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebagai menghargai kecemerlangannya mengangkat nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak turut hadir pada acara itu bagi menyampaikan hadiah tersebut kepada Harith.

Harith ternyata terkejut dengan hadiah dari KKMM itu dan menganggap ia sebagai rezeki.

Dia terharu apabila menteri Salleh sangat mengambil berat apabila mengetahui penyertaannya menerusi pertandingan itu.

Untuk pengetahuan, Harith berjaya mengalahkan 88 pelawak dari seluruh dunia yang menyertai pertandingan itu. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });