0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Perlukah Seorang Ibu Cakap Seperti Itu Kepada Anaknya? – Along Cham

alo

Along Cham hari ini tampil menjelaskan kemelut rumahtangganya dengan penyanyi Zila AF. Along sekali menjelaskan dia tidak pernah menghalau isterinya itu sebaliknya dia keluar rumah tanpa pengetahuannya.

Along juga mendedahkan punca dia menfailkan saman nusyuz ke atas isterinya kerana sering keluar tanpa izin selain kerap meminta untuk dilepaskan termasuk pernah melukakan hati anaknya.

Ini perkongsian dari Along Cham (Sumber: Harian Metro)

Tak Pernah Halau

“Memang saya tidak pernahpun mengusir dia (Zila) bersama anak kami keluar dari rumah. Mereka (Zila dan anak) yang tinggalkan rumah tanpa pengetahuan saya. Biras yang datang mengambil mereka di rumah tanpa izin saya.

“Selama dia dan anak kami keluar rumah tinggalkan saya dan pulang ke rumah ibu mentua di Felda Lui, Negeri Sembilan, mereka langsung tidak menghubungi saya,”

Zila Ego, Jatuhkan Maruah

“Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Dapatlah kami memperbaiki silap antara satu sama lain.

“Apapun, lain pula jadinya ketika saya ke rumah mentua. Zila sangat ego di hadapan ibunya hingga sanggup menjatuhkan maruah saya. Apa dia lakukan terlalu peribadi untuk saya kongsikan.

“Pun begitu, saya tetap merayu kepada dia supaya kami bersama dan masing-masing berubah,”

Antara Punca Saman Nusyuz

“Salah satunya, Zila keluar dari Felda Lui untuk berhibur bersama kakak kandungnya hampir setiap malam di sekitar Seremban tanpa izin saya.

“Zila juga tidak memberitahu saya di mana tempat tinggal dia. Selain itu, dalam telefon hampir setiap hari Zila mendesak saya menceraikannya.

“Senang cakap, bermacam-macam cara yang dia (Zila) buat untuk dilepaskan tetapi saya kuatkan hati bertahan untuk cuba selamatkan rumah tangga kami,”

Zila Lukakan Perasaan Anak

“Pernah sekali ketika itu Ahmad Danial menghubungi Zila dan bertanya bila mama mahu Danial datang ambil mama? Zila boleh menjawab, ‘tak tahu lagi, mama tak balik dah kot.’ Ketika itu, Danial terus mencampakkan telefon atas katil.

Saya pun tegur dia : “Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan,”

Desak mahu Cerai

“Cuma saya agak kesal mengapa selepas berbulan-bulan baru Zila menyatakan perasaan rindunya kepada anak. Ke mana perginya naluri sebagai seorang ibu ketika dia asyik mendesak untuk diceraikan ketika telefon?

“Apapun, sepatutnya Zila kena bersyukur. Ibu dan bapa saya sanggup bersama-sama menjaga anak kami dengan penuh kasih sayang dan tiada juga istilah melarang dia datang berjumpa anak.

Tak Tengok Anak

“Lagi pun, sebagai ibu pastinya dia tahu di mana anaknya berada. Sepanjang Syawal, Zila tidak datang menjenguk anak pun. Alasan diberikan Zila disebabkan masalah kewangan,”

Semoga pasangan ini dapat mengakhiri kemelut rumahtangga mereka, kesian si anak menjadi mangsa. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });