0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

sam

Pelakon popular, Shaheizy Sam melalui detik mencemaskan apabila terperangkap di dalam pesawat selama 7 jam ekoran insiden sebuah kapal terbang lain terbakar ketika dalam penerbangan ke Switzerland.

Shaheizy Sam dalam perjalanan ke Festival Filem Locarno ke-69 yang turut menyaksikan filem lakonannya, Interchange ditayangkan bersempena majlis berkenaan.

Kejadian ini telah dikongsikan oleh pengarah filem Interchange, Dain Said yang turut bersama Shaheizy Sam. Katanya akibat kebakaran satu pesawat lain, pesawat yang dinaiki mereka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

Malahan Shaheizy Sam turut kehilangan bagasinya ketika tiba di Lapangan Terbang Locarno.

Ini komennya:

“Sam terpaksa menunggu bagasinya untuk beberapa hari dan terpaksa membeli pakaian baharu sementara mendapatkan begnya semula. Cabaran buat Sam, dia mendapatkan semula bagasi berkenaan kira-kira dua jam sebelum majlis berprestij itu bermula,”

Walaupun melalui pelbagai rintangan, Sam dan Dain sempat dan berjaya menghadiri festival filem terbabit.

Terdahulu, filem itu mendapat pengiktirafan Festival Filem Locarno yang juga sebuah festival antarabangsa yang berpangkalan di Switzerland apabila dipilih untuk tayangan khas. Interchange dijadualkan berada di pawagam pada awal tahun 2017. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });