0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Respon Balas Siti Nurhaliza Dakwaan Tiru Lagu Rabbani

ct

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tampil menerangkan isu dakwaan lagu barunya berjudul ‘Hari Kemenangan’ meniru lagu ‘Kemenangan’ nyanyian kumpulan nasyid Rabbani.

Siti Nurhaliza ternyata terkejut kerana lagu ini dicipta oleh komposer popular iaitu Pak Ngah lantas mengajukan isu tersebut kepada pencipta lagu tersebut.

Menurut Siti, Pak Ngah ada menghantar lagu itu kepada Rabbani tetapi telah ditolak dan Rabbani tidak komersialkan lagu tersebut.

Ini komennya:

“Saya dimaklumkan mengenai hal ini dua atau tiga hari sebelum raya apabila ada peminat beri komen di YouTube mengatakan lagu baharu ini sama dengan Rabbani sebaik dimuat naik.

“Antara komen ditinggalkan ialah: ‘Siti ambil lagu orang dan Pak Ngah tidak ada idea’.

“Jadi, kami dapatkan Pak Ngah dan nyata wujud salah faham. Beliau pun tidak tahu Rabbani pernah merakam lagu ciptaannya yang pernah dicadangkan kepada kumpulan itu.”

“Setakat yang saya tahu, Rabbani tidak komersialkan lagu Kemenangan di dalam album, sebaliknya hanya di YouTube dan program siaran Hari Raya, baru-baru ini,”

“Rabbani juga sudah menghantar surat memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai kekeliruan itu. Lagi pun, buat apa nak bergaduh? Rabbani teman seperjuangan yang sangat saya hormati. Kami berkawan baik, malah kerap berkongsi pentas.

“Lagu ini pun yang saya tahu masih hak cipta Pak Ngah. Apabila insiden seumpama ini terjadi, secara tidak langsung membuktikan sentuhan Pak Ngah sentiasa menjadi rebutan. Saya sendiri menyukai melodi Hari Kemenangan.

“Dulu saya pernah hadapi situasi seperti ini. Lagu Wanita pernah dikatakan sama dengan dendangan penyanyi lain. Waktu itu, apabila saya memperdengarkan naskhah berkenaan, tidak lama kemudian artis dari Indonesia pula memasarkan lagu yang melodinya kedengaran sama dengan Wanita,”

Perkara ini nampaknya salah faham sahaja. Siti Nurhaliza dan Rabbani merupakan sahabat baik dan tidak bergaduh tentang isu ini. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });