0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Review Adnan Sempit 3

 dddDSC00306

Sinopsis Adnan Sempit 3;

Adnan Sempit 3 mengisahkan kisah kehidupan Adnan (Shaheizy Sam) yang telah berkahwin dengan Nadia (Intan Ladyana) dan Wawa(Yana Samsudin) yang telah berkahwin dengan Bobby(Along Champ).Kalau tengok cerita Adnan Sempit yang sebelum nie hidup Adnan macam sesak sikit kan….tapi dalam Adnan Sempit 3 nie dia dah jadi kaya sebab bapa mertua dia dah bagi tanggungjawab untuk uruskan syarikat.Kehidupan 4 sahabat nie jadi lebih bahagia selepas Wawa dan Nadia disahkan hamil.Namun konflik terjadi apabila Adnan berkenalan dengan Zita (Shima Anuar) yang juga merupakan rakan sekerjanya dan Bobby pula mengalami masalah kewangan.Mampukah 4 sahabat ini berdepan dengan masalah yang dihadapi??Adakah Bobby akan kembali berlumba untuk menyelesaikan masalah kewangannya??Dan apa yang terjadi kepada Nadia selepas mengetahui hal Adnan dan Zita??

dddDSC00289

dddDSC00299

dddDSC00307

Review Adnan Sempit 3;

Bagi korang yang belum tengok adnan sempit 1&2, aku sarankan better korang pergi layan dulu haa baru akan faham jalan cerita yang ni. Untuk Adnan Sempit 3, plot jalan cerita lebih menarik di mana kali ini bermula dengan pergolakan rumah tangga di antara wawa dan bobby selain Adnan dan Nadia yang menjalani hidup sebagai suami isteri.

Watak adnan dari yang pertama dan ketiga memang tak lari dari tema dan masih kelakar dengan gelagat yang blur dan suka berlumba motor tapi kali ni dugaan muncul selepas mula bekerja di syarikat bapa mentuanya di mana wujudnya insan ketiga iaitu Zita, awek motor besar yang menjadi partner tempat kerja Adnan.

Tapi bagusnya watak Adnan kali ni sebab dikembangkan dengan lebih matang yang mana lebih memahami masalah isteri yang sedang mengandung dan bertolak ansur. Watak bobby dan Wawa tak kurang hebatnya. Dalam Adnan Sempit 3, watak wawa dan Nadia seimbang di mana kalau dulu mesti orang nampak Nadia lebih menonjol tapi dalam Adnan Sempit 3, dua heroin utama saling mengimbangi satu sama lain dan menjadikan filem Adnan Sempit ni lebih lengkap dengan lawak yang agak sinonim dengan kehidupan rumahtangga.

Paling kelakar bila part isteri dorang mengandung dan paling parah bila Adnan yang mengalami simpton kehamilan oleh isteri selain bobby terpaksa mengerah idea untuk mencari sumber kewangan bagi menampung rawatan bersalin wawa. Paling kelakar bila si bobby ni mengajar wawa senaman ibu mengandung sehingga wawa terpaksa dimasukkan ke hospital. Actually, situasi ni memang ada terjadi tau. Memang lawak weyh!

Dalam banyak plot, aku paling suka yang last bila isteri -isteri dorang dah nak bersalin tapi sempat merempit ke hospital. Jenuh aku gelak dalam panggung. Gilo betol!

Filem Adnan Sempit 3 memang menjanjikan kelainan di mana memberikan gambaran jelas masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang baru berkahwin tetapi penuh dengan lawak jenaka dan patut ditonton oleh korang yang nak bergelak ketawa. So korang, apalagi jangan lupa menonton ye sebabnya memang best dan kelakar. Filem yang ditunggu dari MIG untuk tahun 2013. =p

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas