0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam

FA Bro Nampak Motor Gua3

Semalam aku sempat ke pratonton filem Bro, Nampak Motor Gua kat Sunway Pyramid. Kali nih menampilkan Along Rajalawak, Monryanti, Fadzil Zahari, CT Chubby, Imuda dan penampilan istimewa Mamat Khalid. Filem ini merupakan hasil tangan Razif Rasyid yang lebih sinonim dengan filem komedi. Jom baca sinopsis dan review lepas aku tengok semalam.

bm3

Filem Bro, Nampak Motor Gua mengisahkan Epol yang mencari motornya yang hilang dan satu keistimewaan Epol nih, dia mempunyai deria bau yang tinggi. Pertembungan secara tidak sengaja dengan Azura berlaku dengan tidak sengaja ketika Azura diragut oleh dua orang mat rempit yang mencuri motor Epol. Malang bagi Azura, beg yang diragut mengandungi pendrive penting milik Tan Sri Bakhtiar Karthubi yang kemudiannya menawarkan Epol sejumlah Rm50ribu untuk mendapatkan kembali pendrive tersebut.

bm4

Review Filem:

Filem Bro, Nampak Motor Gua ni menampilkan kelainan dari filem sebelumnya kerana lawak lebih natural dan gandingan pelakon sangat mantap terutama Along Rajalawak yang nampak serasi dengan Mon Ryanti. Lakonan Along memang tak dinafikan sangat best dan pertama kali aku rasa watak yang Mon Ryanti sebagai heroin sangat tepat. Selama aku follow Mon ryanti, lakonan dia semakin dalam Bro, Nampak Motor Gua semakin matang. Kalau sebelum ni, selalu hanya watak sampingan tapi kali ni nampak usaha yang dia curahkan tu berbaloi-baloi kerana watak heroin yang dilakonkan tu tak dibayangi oleh pelakon lain. Tahniah Mon Ryanti.

Tapi dalam banyak scene, masa aku nampak Ct chubby haaaaaaaaa aku dah dapat bayangkan mesti ada scene kelakar dan memang tak mengecewakan. Tengok trailer Bro, Nampak Motor Gua mesti aku teringat lawak dorang. Terbaiklah pengarah!

bm1

Dari scene awal sehingga akhir, boleh dikatakan 80% aku asyik ketawa tak berhenti walaupun pada mulanya aku fikir filem ni macam biasa jek macam sebelumnya. Kalau korang harapkan filem ni macam Adnan Sempit haaaaaaaaaaa lebih kurang. Memang best!

fz

Paling aku suka part Fadzil Zahari dengan loghat beliau yang bawak watak mat rempit cuma yang tak best partner rempit dia macam terlalu ikut skrip. Sekejap aku nak gelak sekejap terbantut tapi lakonan Fadzil lebih santai dan rilek. Antara pelakon yang aku sentiasa follow dan mengharapkan dia bawak watak utama dalam filem Mig memandangkan setiap tahun hero mesti muka sama. heheeeee.

bm

Apa yang bestnya Bro, Nampak Motor Gua ni sebabnya ada Mamat Khalid. Penampilan istimewa Mamat Khalid sememangnya tak mengecewakan terutamanya part last tu. Biasanya ending mesti cliche tapi idea pengarah memang segar. Nampak perubahan yang dilakukan oleh pengarah selepas filem Aji Noh Motor.

P/s: 4.5/5 Bintang.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });