0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Baru saja tadi, aku menghadirkan diri ke Majlis Pratonton Lagenda Budak Hostel bertempat di E-Curve. Filem Lagenda Budak Hostel ni mempertaruhkan barisan pelakon iaitu Along Cham sebagai Kodan, Along Eyzendy (Put), Nora Danish (Seroja), Angah Raja Lawak (Cikgu Rahim), Pekin Ibrahim (Aeron), Epy Raja Lawak (Kicap), Eddy Rauf (Ballon), Atikah Suhaime (Mila), Siti Aziz (Zakiah) dan Mikael Andre (Tobek) dan diarahkan oleh  Ismail Bob Hasim.
dbmYUN_3171

Sebelum korang baca review, tengok dulu Sinopsis Lagenda Budak Hostel (LBH); 
Lagenda Budak Hostel (LBH)  mengisahkan gelagat pelajar hostel atau asrama iaitu Along Cham sebagai Kodan dan Along Eyzendy (Put) yang melakonkan watak pelajar tingkatan enam dan senior di sekolah berasrama penuh yang terpencil di sebuah pekan. Gelagat mereka cukup mencuit hati.Apatah lagi, kedua-duanya cukup disegani dan digeruni pelajar lain di asrama itu yang berhadapan kes buli setiap hari. Bahkan, yang bagusnya setiap aktiviti nakal dilakukan Put dan Kodan tidak pernah ditangkap warden asrama, Cikgu Angah (Angah Raja Lawak).

Malah, mereka juga bersaing merebut hati Seroja.Seroja (Nora Danish) adalah anak gadis Cikgu Angah yang jelita. Justeru, dia menjadi pujaan ramai di asrama itu. Jadi, bagi mendapatkan perhatian Seroja, maka Put dan Kodan yang bersahabat baik sentiasa bersaing. Hinggalah, suatu hari muncul pelajar baru, Kicap (Epy Raja Lawak) yang sedia membatu.Kicap mengingatkan mereka supaya bersaing dengan cara betul untuk tonjol kehebatan masing-masing yang akhirnya mampu menambat hati Seroja. Bahkan, Kicap mencabar Put dan Kodan supaya bertanding memenangi kerusi pelajar dan sekali gus berjaya memikat Seroja seperti yang diimpikan..

dbmYUN_3102

Review Filem Lagenda Budak Hostel;

Kelakar dan menghiburkan sehingga satu panggung ketawa sakan. Pendapat personal, dari awal aku tak menjangka LBH ni akan menjadi filem yang sangat lawak memandangkan barisan pelakon cuma bersahaja dan rata – rata jarang ada filem lawak komedi yang boleh memecah kesunyian panggung selain Adnan Sempit. Jujur gila! haha!

dbmYUN_3144

dbmYUN_3143

LBH ni mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan seawal 90-an dan dua hero berganding bahu iaitu Kodan dan Put yang  berebut Seroja, anak pengetua sekolah yang cantik. Antara yang menarik, setiap babak diselitkan dengan setiap satu kenangan sewaktu di hostel sehinggakan kita terleka dengan gelagat dorang. Paling best, part Kodan makan meggi dalam baldi dan waktu dorang tukarkan ubat gigi dengan autosol. Lenguh pipi aku menahan gelak tapi masuk jek part G-Bob, memang terus aku gelak sampai lupa diri.

dbmYUN_3137

dbmYUN_3126

dbmYUN_3130

Memang kelakar gila waktu Kodan dan Put menyarung seluar pendek G-Bob tapi part yang aku tak boleh lupa masa dorang bertarung sehingga bergegar perut G-Bob. Punya gelak sampai berair mata. Best. Sangat Best. Tersangat Best. Actually, aku dah lama mengharapkan karya abang bob kaw kaw  macam Adnan Sempit 2 dan kemunculan LBH sangat memberikan kepuasan kepada peminat abang bob yang dahagakan komedi lawak yang menjanjikan kelainan daripada sebelumnya.

dbmYUN_3099

dbmYUN_3103

dbmYUN_3115

Jalan cerita dan lawak yang diketengahkan oleh pengarah sememangnya menjadi dan aku harap abang bob terus menghasilkan karya yang sebegini di mana olahan idea sentiasa segar dan dinantikan oleh semua. Dalam tahun ni, LBH ni antara filem PALING BEST dan KELAKAR untuk ditonton oleh seisi keluarga. Rating? 5/5 star.

dbmYUN_3122dbmYUN_3123

P/s: Kalau korang menilai mutu filem dari para pelakon yang ditampilkan, aku rasa better korang betulkan balik persepsion tu sebabnya Lagenda Budak Hostel lebih daripada tu. Rugi tak tengok! Kelakar nak mamp~.. Esok nak tengok lagiiiii..

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });