0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Review Filem Thor l The Dark World l Pagi tadi, aku sempat tengok tayangan perdana The Thor, The Dark World yang akan mula ditayangkan pada 31 Oktober 2013. Pelakon utama Thor adalah Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston, Stellan Skarsgård.

Thor Sinopsis;

Faced with an enemy that even Odin and Asgard cannot withstand, Thor must embark on his most perilous and personal journey yet, one that will reunite him with Jane Foster and force him to sacrifice everything to save us all.

Thor2

Review Filem Thor;

Jalan cerita bermula dengan flashback zaman lalu yang memperkenalkan musuh utama Thor iaitu Malekith (Christopher Eccleston) yang mencari kuasa yang mampu menakhluk dunia iaitu “Aether,” Pada zaman Datuk Thor, kuasa Aether ditanam jauh ke tempat yang tidak diketahui yang mana menyebabkan pertemuan di antara Jane Foster  yang masih berada di bumi dan Thor dalam misi menyelamatkan bumi.

\Thor Dark World

Sementara itu, Loki dikurung di dalam penjara di ASGARD dan paling menarik dalam The Dark World, Loki dan Thor bergabung untuk menentang Malekith. Detik kerjasama di antara Loki dan Thor ni diselit dengan lawak yang mana paling best bila LOKI munculkan diri sebagai Captain America. Terbaik!

Thor23

Kebanyakan aksi penuh dramatik terutama sewaktu Loki sanggup korbankan nyawa untuk Thor. Memang tak percaya LOKI boleh berubah jadi baik tapi apa pun kena tunggu kesudahan. The Dark World menggabungkan dunia zaman dulu dan kini iaitu di antara dunia ASGARD dan kota LONDON.

Filem Thor sangat spectacular yang menjanjikan aksi yang mencabar dan akan buat kita tersenyum. Boleh dikatakan sepanjang menonton, korang sedang berada di dalam zon selamat. Thor mempunyai jalan cerita yang agak kuat dan tidak memerlukan berteka teki apa yang akan terjadi seterusnya kerana sepanjang masa, kita akan terikut dengan storyboard tambah pula dengan sound efek dan Imax experienced, memang sangat puas hati.

Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa ke pawagam yang berdekatan. P/s: Bila dah habis tu, jangan terus keluar tau sebab ada lagi sambungan dia walaupun dah keluar nama pelakon dan mereka-mereka yang terlibat sebab nanti korang tak tahu ending sebenar dia macam mana.

Rating : 4/5 Star

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });