0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Saya Keturunan Raja Siam”– Awie

raja

Penyanyi rock dari kumpulan Wings, Awie telah selamat bernikah dengan gadis pilihannya Sharifah Ladyana.

Awie mem­beritahu sebab utama per­nikahan ketiganya berlangsung negara Thailand adalah kerana dia mahu berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang­nya sendiri.

Menurut Awie selama em­pat tahun mengkaji salasiah keluarga, dia mendapati dirinya adalah berasal daripada keturunan Raja Sulaiman, salah seorang raja di Thailand yang bertanggungjawab membuka wi­­­layah Songkla suatu ketika dahulu.

Ini komen Awie tentang hal ini:

“Selepas empat tahun mengkaji mengenai keturunan sen­diri, saya dapati saya sebenar­nya adalah keturunan Raja Su­laiman yang berasal dari lo­kasi tersebut. Sebab itu, saya mahu memastikan kali ini sa­ya berkahwin di lokasi tanah tumpah nenek moyang sendiri,”

“Saya fikir tidak ada salahnya untuk saya bernikah di Thailand me­mandangkan perkahwinan ini bukan dibuat secara rahsia. Ia berlangsung di dalam masjid dan dalam keadaan yang cukup teratur.

“Adalah hak saya untuk ber­kahwin di mana pun, apa yang penting ia sah di sisi syarak. Saya juga tahu undang-undang, bukanlah bodoh sangat,”

Awie bernikah dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Sultan Sulaiman, Songkla, Thailand.

Majlis pernikahan itu hanya dihadiri oleh keluarga termasuk anak-anaknya dan rakan-rakan terdekat.

Menurut Awie, dia akan men­daftar perkahwinan di Malaysia dalam waktu terdekat, dan bersedia membayar sebarang den­da yang bakal dikenakan terhadap dirinya oleh pihak mah­kamah nanti kerana bernikah di luar negara. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });