0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Semua orang nampak saya jahat, saya zalim..” – Along Cham

along chamm

Sebelum ini, ketika khabar angin tentang keretakan rumah tangga mereka mula tersebar, ramai yang menuding jari kepada Along Cham dan mengatakan pelawak itu sebagai puncanya.

Zila Seeron juga merupakan orang yang membuka cerita keretakkan rumah tangga mereka dengan membuat cerita dia merindui anaknya manakala Along hanya berdiam diri sahaja.

Apabila Zila mengatakan anaknya diambil seperti diculik, barulah Along tampil membalas kenyataan kerana itu melibatkan ibu bapanya yang selama ini menjaga cucunya dengan baik ketika rumah tangga mereka bermasalah.

Mengakui terpaksa melalui tempoh tersebut, Along Cham berharap agar bekas isterinya memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.

Ini komen Along:

“Awak tengok sendirilah, nilailah. Empat bulan saya diam. Awak nilailah. Saya tak boleh nak cakap pasal dia yang buka semua karakter. Sebab kat mata orang, semua orang nampak saya jahat, saya zalim”

“Sebagai seorang bapa, bapa mana nak pisahkan mak dengan anak? Sebab keluarga saya bukan dalam keluarga penceraian. Takkan saya nak tengok penceraian berlaku dalam keluarga saya. Diri saya sendiri,”

“Hak jagaan memang dapat kat saya. Saya failkan penceraian selepas dia ditangkap khalwat. Jujur saya nakcakap saya akhiri zaman bujang saya, saya ingin fokus untuk keluarga…”

“Biasa saya tengok drama kat tv, sekarang kena muka sendiri..”

Zila Seeron tidak mahu memberi komen apabila diserbu wartawan selepas kes penceraian itu. Penyanyi ini telah ditangkap khalwat bersama seorang lelaki ketika ditahan sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pukul 5 pagi di Bukit Jalil. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });