0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Shah Rukh Khan Ditahan Pihak Berkuasa Amerika Syarikat

srk

Pelakon popular Shah Rukh Khan (SRK) sekali lagi ditahan oleh pihak berkuasa di lapangan terbang Amerika Syarikat.

Teraju utama filem Dilwale ini meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter ekoran penahanannya oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Namun sehingga kini masih tiada sebab yang jelas mengapakah selebriti popular bertaraf legenda itu ditahan.

Ini tulis SRK:

“Saya sangat memahami dan menghormati sistem keselamatan setiap negara, namun ditahan di Imigresen AS setiap kali benar-benar teruk,”

Untuk rekod, pada tahun 2009, Shah Rukh Khan ditahan selama 2 jam dan hanya dibebaskan selepas campur tangan dari pihak kedutaan India.

Pada tahun 2012 pula, rakyat India terutama peminat Shah Rukh Khan meluahkan rasa marah apabila sekali lagi aktor itu ditahan dan kali ini selama 90 minit di lapangan terbang di White Plains berhampiran New York.

Rakyat India yang berang terus mempersoalkan mengapa bintang terkenal Bollywood ditahan secara rutin di lapangan terbang AS.

Shah Rukh Khan bukannya calang-calang orang apabila telah muncul dalam lebih daripada 70 filem dan dianggap sebagai salah satu ikon selebriti yang paling dikenali dan popular di India. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });