0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Shahir Mahu Percepat Jodoh Dengan Erra Fazira

shahir-af

Baru-baru ini, pelakon Erra Fazira ada membuat kejutan dengan memuatnaik gambar Shahir di laman sosial instagram miliknya sempena hari kelahiran Shahir yang ke-28.

Shahir Zawawi juga sebelum ini pernah mengaku mempunyai hubungan rapat dengan Erra Fazira dan tidak menolak jodoh dengan aktres popular itu.

Para peminat kedua-dua selebriti ini juga dilihat menyukai perhubungan mereka berdua dan berharap mereka berdua mengikat hubungan di jinjang pelamin.

Yang terbaru, setelah menerima kejutan dari Erra Fazira sempena hari lahirnya, Shahir AF telah memberi komen mahu mempercepatkan sekiranya mereka berdua ditentukan jodoh olehNya.

Ini kenyataan terbaru dari Shahir:

“Insya-Allah sebagai hambaNya, kita merancang. Soal mendirikan rumah tangga memang sering ditanya.

“Baik kawan saya mahupun Erra, soal bila nak langsung (kahwin) itu acap kali ditanya. Tapi pada akhirnya, ia berbalik kepada ketentuanNya. Memang saya mahu mempercepatkan apa yang sepatutnya,”

“Saya percaya kalau jodoh itu sudah sampai, pasti tak ke mana. Andai tiba masanya, kami pasti akan umumkan. Hanya doa daripada semua yang saya harapkan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan… Insya-Allah,”

Hubungan Erra Fazira dan Shahir AF memang sering menjadi tumpuan para peminat mereka berdua kerana sering menjadi misteri dan rahsia -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });