0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Sinopsis Love You Mr Arrogant l Episod 15 hingga Episod 22 l Tonton online di www.tonton.com.my. Beberapa minggu ni, aku macam demam drama tv3 yang tak lama lagi nak masuk episod akhir dah Love You Mr Arrogant. Adoi! Hari ni baru habis episod ke 20, punya syok aku layan tak keluar rumah dah. Memang seronok tengok lakonan Zafriel Irham dan Zara Zya. Serasi betul dorang berdua. 

Rasa tak sabar nak tunggu Love You Mr Arrogant episod akhir tapi macam taknak drama  ni habis. Seronok jek petang-petang melayan drama tv3 yang semakin best sekarang! Tapi bagi korang yang termissed out sinopsis episod 15- episode 22, korang layan dulu kat bawah ni ye.

Sinopsis Love You Mr Arrogant l Episod 15 hingga Episod 22
Irham dan Zaara berpindah ke rumah baru mereka walaupun tidak dipersetujui Pn Seri Maryam (but who cares… right hehe)
Hadry akan sama2 menolong mereka berdua berpindah.

Petikan dari novel :
“Apalah nasib. Jadi isteri orng pun tak macam isteri orang,” Zaara mengeluh. Hatinya rasa tidak gembira. Bukanlah dia tidak gembira dgn rumah barunya itu, tapi dia tidak gembira kerana terpaksa berjauhan dari Irham, walaupun mereka serumah. Memang tidak segembira yg diharapkannya sedangkan berasingan bilik dgn Irham adalah perkara utama yg diinginkannya seawal perkahwinan mereka dahulu. Tapi kini… dia sudah terbiasa dgn kehadiran jejaka itu disisinya.
Tiba2 saja hatinya terasa menyesal kerana mengajak Irham berpindah rumah. Kalaulah mereka tidak berpindah, dia tetap akan rasa bahagia walaupun diherdik dan dimaki oleh Pn Seri Maryam. Sekurang2nya dia tahu Irham masih dekat dgn dia.

Love You Mr. Arrogant Episode 16
Zaara dan Irham masing2 berasa susah untuk melelapkan mata (terbayang2 la tu). Mereka menghabiskan masa menonton DVD bersama di ruang tamu. Seminggu berlalu sejak mereka berpindah.. Pn Seri Maryam jatuh sakit (hmmm sakit dibuat2..sakit ada makna tu!)
Haruskah Irham menunaikan permintaan mamanya ? Zaara macam mana ?

Love You Mr. Arrogant Episode 17
Zaara dengan berat hati terpaksa menyuruh Irham menerima permintaan mamanya itu. Di majlis ulang tahun perkahwinannya bersama Tan Sri Zahir, Pn Seri terus membuat pengumuman yang dia bakal mendapat menantu baru iaitu Sherry yang akan berkahwin dengan Irham.

Petikan dari novel :
“Awak kahwin dengan Sherry ya?” Zaara bersuara sambil memeluk erat tubuh Irham dari belakang. Sendu yg cuba ditahannya akhirnya kedengaran juga. Irham yg tersentak dgn tindakan dan kata2 Zaara itu, mengeluh sekali lagi, namun lebih perlahan.
“Kalau itu yg kau nak, aku ikut. Tapi kau jangan menyesal…” suara Irham kedengaran lirih. Dia juga sudah tidak mampu berfikir lagi, benar atau salah tindakan yg bakal diambilnya nanti.
Zaara diam, namun tetap memeluk Irham dgn erat. Hatinya sakit, namun itulah perkara yg sebaik2nya dilakukan sebagai seorang isteri dan menantu pd Pn Seri Maryam. Sekurang2nya dia telah memenuhi insan kesayangan suaminya itu.
“Fiz, aku memang cintakan dia. Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku lebih rela berkorban dan dimadukan dari ditinggalkan,” ~~ Zaara Amirah

Love You Mr. Arrogant Episode 18
Kejadian yg tak diingini berlaku apabila Zaara lemas setelah ditolak ke dalam kolam renang. Zaara diselamatkan oleh Hadry (tapi CPR oleh suami tercinta la… )
Zaara jatuh sakit. Irham seperti tak percaya apa yang telah dia katakan kepada Zaara (apa dia? hmm kena tgk la…ayat maut tu boleh cair hati si mr arrogant ni…huhuhu)
Irham yang duduk menjaga isterinya itu mula merasa sayang kepada Zaara, manakala Zaara seolah-olah berasa bersalah kerana menyusahkan suaminya menjaganya sepanjang malam.

Love You Mr. Arrogant Episode 19
Zaara beransur pulih. Namun dia dipagut sayu apabila Irham terpaksa keluar dengan Sherry atas arahan Pn Seri untuk membeli barangan persiapan pernikahan. Hadry telah datang berkunjung tatkala Irham tiada dirumah. Irham salah faham apabila pulang dan melihat mereka berdua. Zaara sekali lagi meluahkan perasaannya pada Irham.

Love You Mr. Arrogant Episode 20
Zaara terasa hati bila mendapat tahu yg Sherry ada bersama suaminya di pejabat Irham. Hadry ternampak Zaara kesedihan. Oleh kerana tidak sanggup melihat Zaara dalam keadaan demikian, Hadry telah bersemuka dengan Irham. Satu pergelutan berlaku antara Irham dan Hadry. Kejadian ini telah menyedarkan Irham.
“Aku benci lelaki yang buat perempuan menangis” ~~ Hadry

Love You Mr. Arrogant Episode 21
Hari pernikahan Irham dan Sherry tiba namun Irham seperti tidak mahu meneruskannya. Begitu berat hatinya.

Irham : Apasal kau senyum ?
Zaara : sebab saya tak nak nangis..
Irham : Kalau ikutkan, aku tak nak semua ini…aku nak bawa kau lari jauh2

Papa Irham telah mendedahkan perkara yang sebenarnya mengenai rancangan Pn Seri mamanya. Irham ‘lari’ daripada majlisnya itu membawa Zaara isterinya bersama. (pak mentua punya idea..sungguh sayang dia kat menantunya tu..)

Love You Mr. Arrogant Episode 22
Zaara seperti tidak percaya akan tindakan suaminya itu (meninggalkan majlis akad nikah begitu sahaja). Irham memandu sampai ke Pulau Pinang. Zaara dan Irham bagai sepasang kekasih menghabiskan masa mereka bersama. Tetapi ada sesuatu yang berlaku di sana yang membuatkan Irham teringat akan masa silamnya….

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });