0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tak Guna Wang Ringgit Pikat Adira – Dato Red

adira

Datuk Seri Adnan Abu sering terpalit dengan kontroversi dan yang terbaru adalah kisahnya dengan pelakon Ruhainies. Sebelum ini dia menggemparkan industri seni apabila berkahwin dengan Adira di Thailand.

Dato yang lebih mesra disapa Dato Red ini menyatakan dirinya tidak pernah menggunakan wang ringgit untuk memikat isterinya yang kedua, penyanyi popular Adira sebelum berkahwin.

Sebaliknya, Dato Red lebih terpesona dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh isterinya itu membuatkan beliau jatuh hati tetapi tidak menggunakan modal wang ringgit untuk mengurat penyanyi itu.

Ini komennya:

“Ketika pertama kali saya mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa material sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong wang ringgit.

“Sebab itu saya tidak kisah tentang pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini memahami. Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang. Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah,”

Selain itu, Dato Red akui bahawa berita kehamilan Adira yang kini sudah memasuki 10 minggu merupakan detik yang terindah buat dirinya. Dato Red juga melupakan semua kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya.

Dato Red kini juga sedang merancang untuk membawa Adira berbulan madu di bumi Eropah.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });