0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

TAK PUAS: Dato Red Mahu Kahwin 4 Sebelum 40 Tahun

kahwin 4

Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu memberitahu, dia ingin memenuhkan jumlah ‘kuota’ isterinya kepada empat orang sebeum mencecah umur 40 tahun. Itulah impiannya.

Bagi Dato Red, dia memang tidak puas dan mahu menjadi seperti pelawak Salih Yaacob.

Ini komennya:

“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.

“Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, (isteri) nombor satu masih 30, bergetah lagi.

“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?”

Bagi Datuk Red, dia mahukan bakal isterinya itu akan menghormati madunya sendiri selain patuh pada arahannya.

Ini tambahnya lagi:

“Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung. Saya tahu gerak-gerinya.

“Macam Adira, saya cuba beri duit, dia tidak mahu. Sebab itu saya hanya ambil masa kenali Adira tiga minggu saja,” 

Selain mempunyai 4 orang isteri, Dato Red juga mengimpikan 20 orang anak lelaki dan mahu anak lelaki yang ramai.

ini komen Dato Red tentang hal ini:

“Apabila saya meninggal, saya hendak mereka pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,” katanya.

Buat masa ini, Datuk Red memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu. Kini Adira telahpun disahkan mengandung dan hamil anak pertama Dato Red. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });