0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Takziah: Penyanyi Mila AF Keguguran

mila af

Bekas juara Akademi Fantasia musim kelima iaitu Mila Jirin berasa sedih setelah mengalami keguguran dua bulan yang lalu. Namun kini Mila akui telah mula redha dengan perkara tersebut.

Kata penyanyi ini, mungkin masih belum ada rezeki untuknya menimang cahaya mata setelah bernikah pada November tahun lalu dengan pengurusnya sendiri bernama Isz Mustapha.

Ini komen Mila AF: (BH)

“Saya anggap bukan rezeki kami lagi menambah ahli keluarga, justeru reda berdepan suratan ini. Mungkin disebabkan saya terlalu aktif. Apa pun kami tidak berputus asa dan sentiasa berdoa dikurniakan cahaya mata secepat mungkin,”

Mila AF percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya begitu juga dengan berita kegugurannya itu. Mila kini meneruskan kehidupan seperti biasa dan lebih fokus kepada dunia perniagaan.

Perniagaan kini merupakan tumpuan utama Mila manakala bidang seni telah jatuh nombor dua. Untuk pengetahuan, Mila mempunyai restoren dan katering sendiri selain menjual baju kurung secara online-PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });