0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

VIDEO: Bila Azhar Idrus Naik Ferrari...

Kalau bercerita tentang orang ternama mesti laju jek. Kali ni pulak mengenai penceramah Ustaz Azhar Idrus ini memang terkenal dan sering dijadikan idola oleh anak-anak muda. Gaya penyampaian yang lucu dan bersahaja, diselitkan dengan beberapa contoh yang sinonim berlaku dalam masyarakat membuatkan anak jati Terengganu ini tak menang tangan memenuhi undangan berceramah di sana sini.

‘Kesudian’ beliau untuk bercampur dengan anak-anak muda telah membuatkan populariti Azhar meningkat dengan mendadak apatah lagi bila klip pengajian agama yang dikendalikannya sering dimuatnaik ke dalam laman Youtube. Terbaru beliau berkerjasama dengan sekumpulan anak muda hingga terhasilnya video pendek bertajuk ‘Scooter Vs Ferrari’.

Dalam video pendek itu Azhar yang memandu Ferrari Scuderia F1 460 (berharga lebih RM2 juta) dilihat keluar dari keretanya untuk membantu seorang pemuda yang skuternya rosak di tepi jalan. Cuma yang hangat diperdebatkan di internet bukan mesej yang cuba disampaikan oleh Azhar dan pihak produksi, tetapi persoalan siapakah pemilik kereta mewah tersebut.

Ada yang kata ia memang milik Azhar dan ada yang kata ia hanya dipinjamkan ‘seseorang’ untuk tujuan penggambaran video berkenaan.

P/s: Bila ada nama, apa yang dilakukan semua akan menjadi persoalan. Apa pendapat korang????

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });