0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Yuna Berang Video Parodi MeleTop

yu

Yuna dikatakan berang selepas rancangan hiburan “Meletop” menyiarkan parodi klip video lagu “Crush” nyanyian Yuna dan juga Usher.

Bagi Yuna, video parodi lakonan Jihan dan Syuk itu amat biadap kerana seperti menghina Usher dan juga boleh membuatkan kerjaya nyanyiannya berakhir di Amerika Syarikat.

Dalam video itu, Jihan telah berlakon seperti Yuna manakala Syuk dari kumpulan Joras telah berlakon sebagai Usher dan mewarnakan wajahkan dengan warna hitam.

Ini komennya:

“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir.

“(Tindakan) itu biadab dan tidak menghormati rakan saya (Usher),”

“Tolonglah didik diri sendiri, Astro telah pun memadam video tersebut dari Internet hanya selepas dikecam oleh ramai kerana ia boleh menjadi isu yang serius di negara ini.

“Tapi kerosakan telah berlaku, kamu terlalu obses dengan parodi bodoh sampai terlupa mengenai maruah,”

Rancangan Meletop dikendalikan oleh Neelofa dan juga Nabil dan video parodi itu telah menjadi viral di laman sosial FB baru-baru ini. Yuna menggesa semua pihak berhenti berkongsi video tersebut di Facebook kerana ianya tidak kelakar dan menyakiti hatinya.

Sementara itu, pihak Meletop telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yuna dan Usher.

Ini kenyataannya:

“Sekali lagi, kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,”

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });