0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Jangan Marah Anak Bila Mereka Tumpahkan Makanan Kerana…”

tumpah makanan

Satu perkongsian dari saudara Alan Mat Nor di laman sosial Facebook telah menjadi viral.

Saudara Alan mengajak para ibu bapa berfikir sejenak tentang apa yang mereka lakukan kepada anak-anak pada ketika ini. Cara layanan mereka yang sering memarahi anak apabila mereka membuat perangai.

Nukilan ini mendedahkan perasaan rindu anak kepada ibu bapa yang sering pulang lewat kerana berkerja, sebab itulah mereka menumpahkan makanan dan buat perangai.

Memang sedih baca perkongsian ini. Jom baca:

RINDU seorang anak

Seawal jam 6:30 atau 7:00 kita suami isteri hantar anak ke rumah org/taska… Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat…
Anak2 redha di tempat org… Belajar, bermain… Riang… Kongsi makan dan kongsi penyakit… :) xpe, KLINIK ADA!!

Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita… Rindu ayah… Rindu mama..
Tp… Nak ckp rindu x reti… Nak tulis surat, xreti gak… Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad… Dia nak mama tgk dia… Nak ayah dukung, peluk dia… Dia buat perangai… Nak makan sndri… Nak itu… Nak ini… Nak dukung… Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg… “Mama saya rindu n sayang sgt kat mama…”

TAPI…..
Apa kita buat…
Bila anak2 bising… Kita marah…
Bila anak2 main… Kita herdik…
Dia nangis, kita jerit “DIAM!!!!”
Dia suruh ajar… Kita jawab “AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!”
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang…
Sedih hati seorg anak yg rindu mama… Yg rindu abah… Yg rindu pelukan ibu… Rindu dukungan abi…

Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama…

Fikir sahabat…
Fikir teman2…
Fikir ayah ibu yg mulia…
Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2, amanah Allah pada kita?

Sumber: Alan Mat Nor

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });