0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Bapa Kena Bayar Tambahan Caj RM162 Untuk Pegang Anak Selepas Lahir

bapa

Ini merupakan kejadian yang berlaku di Utah, Amerika Syarikat.

Seorang lelaki dikenakan bayaran caj tambahan sebanyak RM162 di Hospital Utah Valley di Provo hanya kerana memegang dan meletakkan bayinya yang baru saja dilahirkan secara pembedahan di atas dada isterinya, lapor New York Times.

Ryan Grassley berkata pada mulanya beliau tidak ambil serius dengan caj yang dimasukkan dalam bil hospital sebagai “sentuhan kulit ke kulit selepas pembedahan” itu dan memuat naik gambar isteri dan bayinya ke Reddit pada Isnin.

Tetapi setelah berkongsi gambar itu, kisahnya itu dengan cepat menjadi viral kerana ramai piak yang kurang bersetuju dengan perkara berkenaan.

Perkara berkenaan telah diterbitkan di Reddit dan menyebabkan ramai yang kecewa dengan bil perubatan yang tersembunyi dan tidak dijangka itu.

Ryan berkata bayi lelakinya lahir pada 4 September dan ketika isterinya sedang melahirkan, mereka ditanya adakah mahu memegang bayi yang baru lahir itu selepas pembedahan selesai.

Selepas pembedahan selesai, Ryan memegang bayinya yang diletakkan di antara leher dan dada isterinya, sementara seorang jururawat mengambil gambar itu.

Mereka kemudian dikenakan bayaran kerana memegang bayi dan merakamkan gambar berkenaan.

Sebagai respon balas, jurucakap hospital berkenaan berkata caj itu bukan untuk sentuhan kulit ke kulit.

Sebaliknya, caj itu dikenakan kerana seorang jururawat tambahan diperlukan di bilik pembedahan tersebut.

Kehadiran jururawat tambahan diperlukan untuk memastikan kedua-duanya ibu dan bayi kekal selamat. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });