0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Hari-Hari Sakat Isteri Kata Nak Perempuan Lain, Isteri Juga Manusia Hati Perlu Dijaga”

sakat

Ustaz Ebit Lew, seorang penceramah bebas yang popular telah memberi sedikit teguran buat para suami. Ini merupakan peringatan kepada para suami di luar sana yang tidak pandai menjaga hati para isteri.

Apatah lagi ada sesetengah suami yang sering menyatakan hasrat ingin memasang isteri baharu dan ada juga yang memuji kecantikkan perempuan lain di depan isteri.

Jom baca:

Tadi saya jalan dekat jalan saya jumpa seorang akak lintas jalan besar bawa 6 orang anak kecil-kecil. Dalam hati ke mana mereka ni. Saya nampak mereka seberang jalan besar untuk ke klinik. Ada anak tak pakai selipar. Dan nampak sangat selekeh. Ya Allah bahayanya. Sebak fikir ada orang yang hidup mereka dalam kesusahan begitu. Ya Allah selamatkanlah dan mudahkan rezeki buat akak tu dan anak-anaknya.

Terus teringat masalah dalam inbox saya yang begitu banyak. Ketika isteri sedang dukung anak dengan kedua tangan dengan linangan air mata dan peluh. Bengkak, terseliuh. Luka berdarah dalam mengurus anak-anak. Isteri sedang usung perut sana sini. Separuh mati nak bersalin. Suami mengkhianati kepercayaan dan kebaikan isteri.

Suami di luar sibuk memenuhkan nafsu yang tak pernah puas. Lepas tu salahkan isteri tak masak. Tak kemas rumah. Tak cantik…tak layan mereka.
Lagi sedih bila orang lelaki cerita pasal wanita sana cantik. Wanita sini cantik depan isteri. Lebih malang tengok sukan wanita tidak berpakaian sempurna. Acara renang. Mana sifat malu. Sedangkan malu itulah ialah cabang dari iman. Lebih malang ada yang mengadu suami menonton video yang memalukan untuk keseronokan sedangkan ada isteri yang halal dan sempurna.

Saja-saja hari-hari menyakat isteri kata nak perempuan sana. Perempuan sini. Puji wanita lain selain isteri berlebihan. Hari-hari gurauan yang memedihkan hati isteri. Mereka juga manusia yang hati mereka perlu dijaga. Seperti hati kita yang perlu dijaga. Like gambar wanita sexy yang bukan saudara kita. Group whatsapp gambar wanita cantik dengan caption yang tak baik.

Sekiranya isteri kita boleh berusaha separuh mati bahkan mati berkali-kali demi kesetiaan cinta buat suami dan kerana Allah. Takkan kita tak boleh berusaha menjaga hati mereka dan berjanji pimpin tangan mereka sehingga melangkah masuk syurga – ebit lew

Itulah pesanan dari ustaz, diharap dapatlah dijadikan teladan. Kepada para isteri sila Share peringatan dan artikel ini agar sang suami dapat membacanya. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });