0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

“Kalau Tak Mampu, Jangan Nak Berpoligami..” – Nasihat Peguam Kepada Lelaki Perasan Bagus

po

Kisah kahwin lebih dari seorang sememangnya perbualan atau topik yang hangat diperkatakan.

Sering kali banyak perbezaan pendapat tentang hal ini.

Seorang wanita yang bekerja sebagai peguam telah mempunyai pandangannya tersendiri.

Melalui perkongsian di laman sosial FB, peguam ini memberi nasihat kepada para lelaki yang perasan bagus dan ingin berpoligami.

Jom baca:

Hari ni ada seorang suami bertanya madam tentang proses poligami dan kebenaran isteri. Risiko bernikah di thailand dan sebagainya.
Ya, mahkamah yang berhak bagi kebenaran. Walau isteri tak izinkan tapi klau hakim dah nilai dan timbangtara, hakim tetap boleh bagi keizinan.

(Definisi kemampuan kena capai piawai.)

Madam bukan anti poligami. Sungguh. Tapi kebanyakan kes yang madam jumpa adalah kategori lelaki perasan. Perasan bagus. Sebab saham masih laku walaupun dah jadi laki orang. Kalau mampu, silakan. Masalahnya nafkah dengan bini sedia ada pun tak cukup bagi, feeling je lebih.

Ada entry pasal biarkan. Tak payah berebut. Tolong minangkan. Ya, kalau memang suami tu mampu dan boleh adil. Tapi kalau suami tu spesies tamak haloba, nafsu naga, nafkah memang tak pernah bagi, harap bagi duit pampers dan susu anak je..hujung2 ko nak redho dan tolong pinangkan org lain sbg madu?

Sebenarnya tak semudah itu. Kita boleh cakp buat giliran suruh dia balik seminggu sekali je rumah kita, hari lain kita enjoy sorang2. Pegi spa, shopping apa bagai. Ini utk yg dapat suami kaya. Yang memang spesies feeling bagus tu..dengan anak berdedai kecik2, duit pun cukup makan..ko nak suruh buat giliran macam tu? Nasihat madam, baik ko lepaskan bini tu. Biar bini tu bina hidup baru.

Jangan tamak. Orang lelaki..kalau tak mampu nak poligami, jgn buat. Kalau tak pun, lepaskan isteri yg sedia ada kalau dia minta. Kalau dia kata dia redho n rela, stay. Sebab dia dah sedia samada ko bg cukup duit atau tak. Kalau ko rasa ko kahwin baru utk lubang yg lebih ketat, ko kena ingat yg lubang sedia ada tu pun dulu ketat tapi ko yang buat longgar, dan ko tak pernah bagi kos utk maintenance n fix pun. Dan kalau ko fikir lubang ketat je, sampai bila2 ko takkan puas.

Notakaki: poligami ni sebenarnya berat. Kalau ko rasa dah cukup ready nak tanggung dosa sendiri dan bini bini bini…silakanlah. dan kena ingat, sezarah ko tak adil..malaikat tetap catat.

Yang berlubang hati,
Madam khairiah hameed
Konsultan syariah dan kesihatan wanita yang cantik tapi garang.

Memang sukar sebenarnya untuk hidup berpoligami dan bermadu. Apapun semua bergantung kepada niat dan juga usaha pasanagn suami isteri tersebut. Ada juga pasangan bermadu hidup bahagia. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });