0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Suami Ceraikan Isteri Selepas Lihat Wajahnya Tanpa Mekap Buat Kali Pertama

ce

Ini satu kejadian benar yang berlaku di UAE dan menjadi bualan hangat di negara terbabit.

Seorang suami telah menceraikan isteri yang baru dikahwininya setelah dia melihat wajah isterinya itu tanpa mekap buat pertama kalinya.

Kisah itu diceritakan oleh seorang doktor yang juga ahli psikologi yang bertanggungjawab memberi kaunseling kepada wanita berkenaan.

Setelah diceraikan, wanita itu mengalami penderitaan psikologi dan kini dirawat doktor terbabit.

Si suami berusia 34 tahun menceraikan isterinya yang berusia 28 tahun kerana dia ‘percaya’ bahawa isterinya itu tidak secantik sebelum berkahwin.

Dia juga mendakwa si isteri menipunya dengan pelbagai barangan kosmetik termasuk bulu mata palsu.

Menurut laporan dari doktor tersebut, pasangan ini telah bercuti ke pantai namun ia menjadi detik tragis apabila muka si isteri mulai basah dan mekap di wajahnya tertanggal.

Apabila solekan hilang, si suami tidak mengenali wajah isterinya itu. Sebelum ini, wanita itu ada berniat untuk memberitahu si suami tentang perkara sebenar tentang dirinya tapi sudah terlambat.

Menurut doktor tersebut, wanita terbabit memang selalu memakai bulu mata tiruan dan menjalani pembedahan kosmetik sebelum perkahwinan.

Sumber: Gulf News

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });