0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

1

Tempoh awal lima tahun perkahwinan satu jangka masa untuk kedua-dua suami dan isteri saling lebih mengenali sesama sendiri. Dah berkawan atau bercinta sebelumnya bertahun-tahun, mungkin belasan tahun tapi tak bermakna yang anda cukup kenal pasangan.

Ya, cukup ramai lelaki yang gagal menghormati isteri, ada yang ‘sedap’ menengking dan mencaci malah memprovokasi si isteri menyebabkan wanita dah pandai ikut rentak yang sama.

Malah ramai suami yang gagal memberikan hak yang perlu diterima oleh isteri. Kes ini memang selalu berlaku!

 

Kebanyakan perkahwinan hari ini seakan teman serumah. Sewa rumah dibahagi dua, bil-bil dibahagi dua, barang dapur dibahagi dua. Ada kes, isteri yang tolong ‘advance’ kan dengan janji nanti suami bayar semula tapi lama-lama, diam macam tu saja. Lagi teruk, baju isteri dibeli sendiri oleh isteri dan kerap kali isteri belikan juga untuk suami dan anak-anak.

Persoalannya; apa bezanya hidup masa bujang dengan selepas kahwin? Ya, hanya dapat tidur sekatil! Lain-lain?

Patutnya suami isteri kena jadi macam wonderpets, bekerjasama tapi dalam banyak kes, kerjasama hanya diberikan oleh isteri, bukan suami. Isteri bantu suami dalam perbelanjaan rumah tangga tapi suami terlalu payah nak bantu isteri urus rumah tangga dan anak-anak walaupun dah puas di canang, padahal menguruskan rumah tangga dan anak-anak perlu tanggungjawab bersama.

Ingat ya, bantuan yang diberikan jangan sampai mengambil alih tanggungjawab pasangan anda hingga membantu dia mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib kepada anda.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.

Lagi pun, lelaki dijadikan sebagai ketua keluarga kerana mereka bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Kalau anda tak membenarkan suami melaksanakan tanggungjawab yang patut sebagai seorang suami, mereka takkan rasa beban tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang mendorong mereka melupakan status sebenar mereka kini.

Sumber : Mingguanwanita

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });