0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tak Pernah Bagi Duit Pada Mak Ayah..!!

Screen Shot 2016-08-15 at 11.59.26 PM

Dengar ceramah Ustaz Kazim tak? Ustaz kata orang kita nak beri duit kat mak ayah bila ada balance2 gaji sudah tolak belanja, hutang semua, baaaaaru kasi mak ayah. BUKAN ye. Sepatutnya, once dapat gaji, siap ke tepi kan duit utk mak ayah. Macam tu baru betul caranya dan baru berkat.
Ini kisah saya. Apa yang berlaku dekat saya, tak semestinya sama dengan semua orang.

Saya kongsikan serba sedikit.
Dulu, income saya tak banyak.
Jadi, saya takdelah terfikir nak bagi duit kat parents.
Satu hari, saya ada dengar satu ceramah,
dia kata, “bukan soal berapa banyak, tapi soalnya kita bagi ke tak?”
Sejak daripada tu, saya bagi je setiap bulan, walaupun sikit.
Berapa sikit?
Sikit sangat.
First time saya nak bagi tu, saya malu sangat-sangat.
Jumlah dia : RM5
yeap, RM5 je …. saya malu nak cerita ni sebenarnya.
Saya bagitahu, “Ummi, ni je yang Kamil mampu bagi buat masa ni, doakan rezeki Kamil murah, boleh bagi lebih lagi”
Masa saya bagi tu, malu ada, sebak ada dan macam-macam perasaan masa tu.
Saya nak cerita ni semula pun, ada rasa sebak lagi.
Tapi mak saya jawab, “Terima kasih, Ummi doakan rezeki awak sekeluarga sentiasa bertambah”.
“Alhamdulillah”.
Saya risau mak saya marah atau kecil hati, tapi tidak. Bahkan beliau doakan saya dan senyum.
Saya yakin, janji Allah tidak pernah salah.
“Redha Allah, terletak pada Redha ibu bapa”
Entah tiba-tiba, saya terasa macam satu semangat, untuk kerja keras, idea mencurah-curah dan segalanya berjalan mudah.
Masalah tu ada, mana mungkin takde, tapi ……
tenang je rasa.
Kalau susah, tak terasa susah.
kalau lapar, tak terasa lapar.
Alhamdulillah, daripada RM5, jadi RM10, pastu RM20 dan seterusnya hingga sekarang …..
Yang peliknya, lagi banyak saya bagi, lagi banyak saya dapat.
Ni ada sedikit tip untuk anda :-
1. tak mampu bagi banyak, bagi sikit
2. segan nak bagi duit sikit, beli barang keperluan dapur, beras ke, gula ke, apa-apa lah…
3. kalau tak mampu juga, JANGAN nyusahkan mereka, dan sentiasalah berniat untuk membantu mereka satu hari nanti
Wallahua’lam.
Saya bukan anak yang baik sangat,
tapi mak ayah saya baik sangat dengan saya.
“It’s not about the money, it’s about the value of the money.”

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas