0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

102

KUALA TERENGGANU:Penderitaan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera ibunya sendiri selama hampir enam tahun, akhirnya terbongkar setelah berjaya diselamatkan abangnya. Periuk panas, besi dan kayu jadi habuan seorang remaja berusia 17 tahun kerana dikatakan lambat membantu ibunya di kedai makan.

Remaja tersebut dipercayai menjadi mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya sejak dari usia 5 tahun lagi sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

98

Menurut abang mangsa, Mohamad Nazrul Asyraf, 18, adiknya sering mengadu didera oleh ibu dan bapa tirinya itu.

“Sebelum kakinya bengkak, dia kena pulas dan oleh ayah tirinya semasa mereka bertengkar… bertengkar sebab apa saya pun tidak tahu sebab waktu itu saya masih bersekolah.

99

“Bila saya balik, saya tengok adik saya dah tak boleh bangun,” katanya ketika ditemui di hospital. Mohamad Nazrul juga mengharapkan agar keadaan adiknya akan pulih seperti sediakala.

“Saya mahu dia bahagia, hidup macam orang lain,” katanya sambil tertunduk sedih. Menurut saudara terdekatnya, penderitaan mangsa terbongkar apabila abangnya yang berusia 18 tahun telah menceritakan perbuatan ibu dan bapa tiri mereka kepada salah seorang rakannya.

Abang mangsa kemudiannya bertindak membawa adiknya itu ke sebuah klinik di Chendering, Kuala Terengganu setelah melihat keadaan adiknya yang semakin teruk, sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kira-kira jam 4.20 petang semalam.

100 101
Adiknya itu yang kini sedang dirawat, disahkan mengalami jangkitan kuman di kedua belah kaki dan kegagalan fungsi buah pinggang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata mangsa memberitahu pegawai perubatan bahawa dia sering dipukul bapa tirinya selepas beberapa kesan kecederaan lama ditemui pada anggotanya.

Menurut Wan Abdul Azizi, mangsa mendakwa didera ibu dan bapa tirinya menggunakan periuk panas, kayu dan besi. Mangsa yg disahkan pakar menghidap penyakit buah pinggang turut mempunyai kesan lebam dicucuh api.

Hasil pemeriksaan, pihak perubatan mengesahkan wujudnya kesan penderaan dari paras pinggang ke atas.

Siasatan juga mendapati mangsa tidak bersekolah sejak berusia 13 tahun, malah mangsa juga tidak memiliki kad pengenalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan, ada menerima laporan berhubung kejadian itu.
Jelasnya, ibu dan ayah tiri remaja berkenaan yang masing-masing berusia 35 dan 46 tahun telah ditahan pagi tadi untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001. – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });