0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Gaji VS Kepuasan Hidup Mana Korang Pilih? Jom Baca Kisah Lelaki Ini

gaji

Kalau diberi pilihan antara gaji besar dan kepuasan hidup, mana korang akan pilih.

Mari baca perkongsian lelaki ini menceritakan kisah kehidupannya.

Jom baca:

Baru tadi terbaca cerita bro sendu dengan cerita fresh grad 2.8k gaji tu. Aku cume tersengih je lepas bace confession fresh grad ni sebenarnya. Aku ni lelaki, 25 tahun, cume ade diploma. Pointer pon sendu je bawah 2.3 masa grad dulu. Datang dari family agak susah, tapi Alhamdulillah. Aku nak share pengalaman aku dari graduate sampai lah ke hari nie. Cerita aku tinggalkan kekayaan dunia sebab tak minat kumpul harta sangat.

Lepas Grad

Lepas aku grad, aku jobless 6 bulan. Jenuh resume, interview aku pergi. Semua tak sangkut sebab takde pengalaman. Bukan tak nak merantau kat KL, tp kalau gaji pon below 1500, brape sgt aku boleh bagi parents nanti, so aku tak merantau. Sampaikan satu masa nak topup pon takde duit, malu nak mintak kat mak, aku nekad pergi naik motor, cari keje kat semua ceruk.

Last-last aku dapat kerja as promoter kat kedai aksesori computer. Gaji aku masa tu 900 je, tolak epf itu ini semua ada la dlm brape ratus je. Keje nya kena berdiri 12jam, tak boleh duduk sangat bos marah, setiap kali balik, tumit rasa sakit je bila nak tido. Masa keje ni, aku selalu nyorok kat blakang2 kedai sebab malu kot2 ade member sekolah jumpa. Yelah, blaja bukan main jauh, lama2, lastly keje kedai je? Tapi bersyukur jugak, masa tu lah Allah bagi aku tamparan paling besar yang buat aku sedar diri.

Bila aku dapat tahu, ada partner aku Cuma ade PMR and gaji dia sama macam aku. Masa tu aku sedar yang sijil tu, takde makna, rezeki tu Allah yang bagi. Aku muhasabah diri, and mula bersangka baik, “bangga” dengan diri yang dah ada kerja, sedangkan ramai lagi takde.

Kerja Di Cyber Cafe (CC)

Kemudian, aku berhenti keja promoter and mula kerja kat CC. Level gaji yang masih sama tapi kerja yang, lebih selesa lah. Sambil kerja boleh surf, update blog, etc. Masa ni aku belajar lagi satu perkara. Bila mana aku kena layan, customer yang rata2 warga asing, yang selama ni dari zaman sekolah aku pandang rendah.

Masa kerja ni, aku kena layan elok, bagi servis AAA sebab bos aku ni pernah duduk kat Jepun berbelas tahun, so dia cuba apply kan culture Japanase dalam bisnes dia. Baru aku tahu yang sebenarnya tak semua warga asing tu tak cerdik, ada yang arkitek, engineer, yang jauh lagi hebat dari aku, tapi datang Malaysia sebab kat negara dia takde kerja, and ada yang di tipu agent lepas tu passport di pegang majikan.

Nak tak nak, kena kerja sampai habis contract. Bila duduk, bersembang, berkawan dengan diorang nie, sebenarnya ramai yang lagi baik dari anak bangsa sendiri, ramai yang kerja nya kotor tapi ilmu akhiratnya cukup tinggi. Masa kerja CC ni jugak la, aku merasa cuci toilet. Toilet nya yang beratus orang pakai sehari. Aku sental pakai tangan sendiri, dari pintu masuk, sampai ke lubang jamban. Sampai berkilat, and bila flush rosak, aku kena bukak tangka septik kat belakang kedai, and adjust air toilet tu biar keluar, manually pakai batang mop. Kembang tekak, nak muntah, muka jadi hijau, semua dah rasa.

Mula Kerja IT Technician

Dah puas kumpul ilmu IT sikit2 dengan bos CC tu, sebab bos aku tu mmg programmer pon. Aku quit, and dapat job dari jobstreet. Iklan job tu tulis “IT Technician” tapi bila start kerja, kena kerja as Technician mesin fotostate. Rupanya2 company ni nak pekerja yang IT Savvy, sebab rata2 technician yang ada tak tahu nak link kan computer dengan mesin fotostate. Aku okay, kerja je, gaji aku masa tu 1200.

Kerja nya mostly kerja technician lah, bukak mesin tu part by part, replace, repair, cuci, refurbished. Lepas tu daily support kat tempat2 client, tambah toner, repair mesin. Kena deliver mesin, angkat mesin yang besar tu kat opis2 client. Sebab rata2 client yang sewa mesin ni, company kecik2, so opis pon kat atas kedai je. Kena la kitorang ni angkat mesin tu naik tangga. Pernah aku angkat copier yang berat 207 kilo. Naik tingkat 3. Macam nak patah pinggang, dah la berat, siap tersepit pulak jari lepas tu. Dalam masa sama, kerja aku kena jadi rider ke sana sini, redah hujan, redah panas, tayar pancit kat kubur cina, kena kejar anjing. Macam2 lah.

Offer Dari Western Digital

Sampai lah tak lama lepas tu, dapat offer dari Western Digital. Dengar je WD, aku happy lah, sbb company besar kot.
Aku start keje kat WD as helpdesk. First IT job aku. Kerja shift 12jam, gaji 1200 je, lepas confirm baru naik 1400. Masa ni aku mmg kosong, tapi Alhamdulillah, senior2, engineers semua supportive. Suap aku satu satu mana aku tak tahu, dari pasal server, cloning pc, handle network itu ini. Masa zaman ni jugak aku banyak kena tengking, kena marah, sampai rasa nak menangis pon ade.

Lelaki, jiwa rockers, kena marah dengan bos nak nangis. Pengalaman bila kerja malam, sorang2, kena kacau hantu, network down, production tak jalan, kena marah sbb lewat solve, kena maki semua dah merasa. Tapi aku still bersyukur.

Zaman Keemasan, Gaji Besar

Kemudian, aku dapat offer kat Singapore, permulaan “zaman emas” aku. Untuk pertama kali, aku merasa gaji RM5000 sebulan selepas convert. Mmg happy, tapi bayaran dia pon tinggi, aku kena keluar rumah 3 jam awal sebelum waktu masuk kerja, and sampai rumah 3 jam selepas habis waktu kerja. Sebab aku duduk kat johor, so aku travel daily je, and kalau yang pernah kerja Singapore tahu lah keadaan jammed dia tu macam mana. Masa kerja Singapore ni lah aku makin banyak ilmu tambah, kerja dalam sector professional, pemegang S pass, memang boleh dibanggakan.

Bekerja bersama dengan professional seluruh dunia, mat saleh, indian, Japanese sampaikan dari English biasa2, aku boleh improve. Kerja dengan company IT terbesar kat Singapore, memang career aku cukup stabil dengan future yang boleh dikatakan “selamat”. Dari asalnya gaji 5000, aku pernah merasa sampai gaji 10 ribu sebulan termasuk elaun.

Sampaikan apa yang aku nak semua aku boleh beli, boleh merasa makan mahal2, bercuti, beli itu ini. Pernah dapat offer kerja dari Korea, Australia, Philiphiine, Thailand, dengan gaji yang hebat, aku tolak. Sebab aku aku rasa hidup. Aku fikir, buat ape aku ade harta yang banyak, menggunung tapi kalau mak aku demam, mak aku sakit. Aku Cuma boleh call je, buat ape aku ade harta banyak tapi aku kurang masa nak spent dengan family sendiri, nak manjakan parents sendiri.

Berhenti Kerja, Kepuasan Hidup

Bulan 7 yang lepas, aku quit kerja kat Singapore, di saat career tengah memuncak, umur masih muda. Orang kata, kumpul la duit dulu, nanti dah tua, berhenti lah, buat bisnes. Tapi aku nekad. 2 hari sebelum raya, aku berhenti. Sebab aku rasa hidup aku takde makna, kalau dapat gaji berbelas ribu sebulan, boleh beli apa yang aku nak, tapi hakikatnya, kosong. Rasa macam robot, kena bangun awal, pergi tempuh jem, balik pulak penat, Cuma sempat makan, tido. Takde masa nak sepak bola, takde masa nak tengok movie, takde masa nak tengok tv, takde masa untuk family, kawan2, hobi, belajar.

Aku tinggalkan semua tu, and jadi jobless, mulakan cari kerja kat Malaysia pulak. Even aku apply kerja kat Malaysia sahaja, tapi sampai ke hari ni, aku masih dapat lagi offer2 dari Singapore. Tapi Alhamdulillah, skrg kerja kat KL, dengan berbekalkan pengalaman and resume yang boleh tahan “hebat” boleh dikatakan, banyak company berlumba bersaing nak hire aku.

Dapat Kerja KL

Alhamdulillah, lepas dekat 2 minggu jobless, aku dah dapat kerja kat KL ni, even gaji nya memang jauh beza sangat dengan ape aku pernah dapat, and gaji gadis fresh grad tu lagi besar. Tapi aku happy. Even sekarang setiap bulan bajet duit, nak makan KFC pon berkira, tapi aku sangat2 happy. Aku dah ada cukup, and bersyukur, perjalanan aku satu satu Allah susun, dari bawah sampai keatas, yang jadikan aku lebih matang.

Ada orang bahagia nya bila mampu beli semua kehendak, mampu sediakan yang terbaik untuk family.

Bagi aku, yang paling bahagiakan aku cuma family aku. Harta paling mahal and rahmat paling besar Allah bagi pada aku ialah aku masih ada parents sampai hari ni. Kawan2 aku semua dah ade yang beli rumah, kereta besar, kahwin gempak. Aku? Masih punya motor. Hidup aku bukan untuk bersaing siapa lebih kaya, hidup aku bukan untuk kumpul harta. Sekarang, aku baru apply PJJ kat UTM space, untuk sambung degree, and mungkin lepas tu master. Sbb bagi aku, yang membezakan manusia ini Cuma ilmu dan amal.

Jadi aku nak cuba improve diri aku, nak merasa pergi convo sbb masa diploma tak pergi, takde duit nak sewa jubah, and pointer pon pilu je kalau tengok, kali ni aku nak cuba elok2. Nak cabar diri, how far I can go. Doakan aku berjaya geng. (Sumber– Hitam Yang Putih )

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });