0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kisah Suami Durjana, Remuk Hati Isteri Apabila Kepercayaannya Dikhianati Suami

Kisah Suami Durjana, Remuk Hati Isteri Apabila Kepercayaannya Dikhianati Suami

x

Seorang wanita telah berkongsi cerita tentang kisah perkahwinannya yang menyayat hati.

Suaminya seorang yang panas baran dan akhir curang.

Akhirnya suaminya terperangkap dengan perangai sendiri.

Jom baca:

Kisah suami, isteri dan…

Suami pulas tombol pintu bilik. Kasar. Mukanya menyinga. “Lambatnya! Aku tunggu dah lama, kau tau tak? Kau nak anak tu kenyang sampai muntah susu ke? Mari sini, layan aku dulu!”

“Tapi anak masih nak menyusu…”

“Mana lebih penting, aku: suami kau atau anak?!”

Tanpa menunggu jawapan, si suami terus heret si isteri ke ruang tamu. Tangisan si anak kecil dari dalam bilik yang masih tidak kenyang air susu dibiarkan.

Bukan nikmat yang isteri dapat. Dia diliwat. Menangis-nangis dia mendapatkan si anak. Menyambung tugasnya yang tergendala tadi -menyusui anak kecilnya sehingga dia sendiri pun terlena dalam kesakitan.

Awal subuh dia bangun, membersihkan diri dan solat. Seperti biasa sebelum solat dia mengejutkan si suami. Kisah malam tadi cuba dilupakan.
Namun seperti biasa suami liat nak bangun. Isteri pun akur bersolat sendirian. Usai mengadu kepada Allah, dia menyiapkan sarapan. Kemudian menguruskan anak-anak yang hendak ke tadika dan sekolah.

Diherdik dan dicemuh

Usai urusan dapur dan anak-anak, dikejutkan lagi suami. Melihat jam di dinding terus si suami melenting. Semua caci-maki carut-marut sumpah seranah meluru keluar dari mulutnya.

“Perempuan bodoh! Bab*! Sia*! Tak boleh diharap! Baik kau mampus je, baru senang hidup aku. Kau dan anak-anak kau hanya menyusahkan aku!”
Kata-kata sedemikian sudah lali pada pendengaran si isteri. Setiap hari, itulah ‘ayat-ayat cinta’ yang dia terima dari si suami.

Isteri hanya mendiamkan diri. Di hadapan anak-anak, suami menghinanya. Itu semua sudah terlalu biasa.

Sarapan pagi yang disediakan langsung tidak disentuh. Dengan muka sinis dia berkata, “Makan kat kedai lagi berselera aku daripada makan air tangan kau!”

Diam lagi si isteri. Dihampiri suami untuk bersalam kerana masing-masing hendak pergi. Suami ke tempat kerja. Isteri pula menghantar anak-anak ke tadika dan sekolah. Si kecil 6 bulan turut dibawa bersama.

“Tak payahlah salam! Belum tentu kau tu masuk syurga, faham?!” Isteri diam sahaja diherdik sebegitu.

Layan kekasih

Masuk sahaja ke dalam kereta, suami terus buka whatsapp. “Sayang, temankan abg sarapan. Isteri tak buat sarapan langsung. Pemalas nak mampus! Tunggu abg, tau. Kita breakfast kat tempat biasa.” Suami tersenyum puas.

Hujung minggu isteri mengajak si suami ke pasaraya. Barang dapur sudah banyak yang habis. Sampai di pasaraya, suami tidak keluar dari dalam kereta.
“Eh, bawak anak-anak kau ni sekali!” Herdiknya. Tanpa perasan, dia membiarkan sahaja isteri dan tiga anak mereka masuk ke pasaraya. Dia melepak di dalam kereta sambil melayan whatsapp skandalnya.

Dua anaknya dimasukkan ke dalam troli. Yang paling kecil didukung dengan baby carrier.

Selesai membeli barang-barang dapur, isteri menghubungi suami kerana kereta suami tidak ada di tempat tadi. ‘Dia ke mana?’ Isteri check whatsapp, tak ada pula mesej dari suaminya.

Hampir sepuluh kali didail, barulah telefon diangkat. “Kau balik naik teksilah dengan anak-anak kau tu!”

Dengan air mata yang cuba ditahan, si isteri mendapatkan teksi. Syukur, tidak lama menunggu teksi pun datang. Kalau dia tahu begini, lebih baik dia pergi sendiri.

Sampai sahaja di rumah, dia mendapati kereta suaminya ada. Suami sudah balik. Dia malas hendak tegur, diam lebih baik. Sudah penat bergaduh. Dia juga yang teruk kena maki, kena sumpah seranah. Penampar dan sepak terajang sahaja yang belum.

Dikhianati suami

Hairan. Ada kasut perempuan di luar. Isteri pulas tombol pintu. Dalam bilik tidurnya dan suami, terdengar bunyi pelik yang tidak asing lagi baginya. Perlahan-lahan isteri keluar dari rumah dan membawa anak-anaknya sama. Hatinya remuk redam.

Segala kepercayaan dikhianati. Tidak lama dia pergi, pegawai agama tiba dan menyerbu rumah mereka ketika suami sedang sedap-sedap bermaksiat. Sebelum keluar tadi, isteri sengaja tidak mengunci pintu dan terus menghubungi pegawai agama.

Terdapat beberapa jiran menjadi saksi melihat suaminya membawa perempuan ke rumah. Dan, paling mengejutkan… perempuan itu dilihat kerap ke rumah mereka!

Enam tahun berlalu. Dia bukan lagi isteri, tapi si janda berhias yang bahagia bersama anak-anaknya.

Bekas suami sudah bernikah dengan perempuan yang ditangkap basah dengannya, enam tahun lalu. Perempuan itu juga isteri orang. Diceraikan suaminya serta-merta dengan talak tiga sekaligus selepas ditangkap basah.

‘Aku hanya menghambakan diriku kdpadaMU. Menumpukan cinta kepadamu amat membahagiakan. ENGKAU takkan sama sekali menyakitiku. Kekalkanlah kecintaan ku ini kepadaMU, hingga ke akhir hayatku. Aamiin.’

Sejak enam tahun lalu, itulah doanya. Dia nekad, tidak akan terpedaya lagi pada cinta manusiawi.

Moga kisah ini menjadi ikhtibar buat semua. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas