0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Kisah Syarikat Sedang Buang Pekerja – Luahan Seorang Bos

kerja

Seorang ketua bahagian telah meluahkan rasa sedihnya apabila syarikat tempatnya bekerja mula membuang dan mengurangkan pekerja.

Bos ini meluahkan rasa hatinya di laman IIUM Confession dan mendapat perhatian ramai.

Jom baca:

Syarikat Tengah Buang Orang

Yes ni la berita sedih yang sedang melanda company aku. Ikutkan company aku ni kukuh dah. 4 tahun aku kerja sini. Setiap negeri ada branch dan HQ di KL. Tahun pertama dan kedua aku bekerja, company bagi bonus 3 bulan dan kenaikkan gaji. Masuk tahun ketiga,bila GST dah apply,pekerja hanya dapat 2bulan gaji beserta kenaikkan. Tapi itu still ok,semua berpuas hati.

Baru-baru ni,aku dan Head Department yang lain,dipanggil untuk satu ad hoc meeting. Dalam meeting ada la cakap pasal masalah company, profit and loss,bajet company 2017 dan macam2 la hal pnc.

Last sekali isu pengurangan pekerja dibincangkan, Then head HR kata setiap unit akan diberikan kuorta pekerja. Selebihnya perlu ditamatkan perkhidmatan.

Siapa Nak Simpan?

Ada jugak unit yang dimansuhkan atau digabungkan. Unit aku hanya diberikan 4 kuorta sahaja. Unit aku sekarang ada 28 orang. Aku sebagai head,4 orang eksekutif,4 asisstant,3 kerani dan selebihnya site supervisor. Aduhh pening aku,pikir nak selamatkan siapa? Nak simpan siapa?

Aku sedih,sebab semua ada tanggungan. Ada yang dah kahwin,ada yang baru beli rumah (aku tau sebab dia minta surat sokongan dari aku),ada yang wife tgh mengandung,dan ada 4 orang yang akan mendirikan rumah tangga tahun depan.

Since balik dari meeting,sayu je hati aku pandang semua staff office. Dulu kalau buat salah,memang kena la dengan aku, tapi sekarang buat salah mcm mana pun,aku layankan je,ak senyum je,aku suruh buat semula,pergila check kat site semula,takpe company bayar je duit minyak korang g site 3-4 kali tu untuk repeat task yang sama. Buat apa nak marah,tak berapa lama je lagi diaorang kerja sini.

Masanya Tiba

Dah 3 minggu berlalu,aku dah buat keputusan. Aku kekalkan 2 orang eksekutif dan seorang assistant. Dah takde kerani or site supervisor lepas ni. Semua task diaorang kami la yang akan buat lepas ni.

Bayangkan eksekutif la yang nak kena turun site, balik office pulak kena buat report,analisis and so on. yang tak pernah berpanas,lepas ni merasa la semua tu.

Kerja printing,documentation,filing,attandance semua buat sendiri lepas ni sebab kerani dah tak ada. Kat sini yang bergaji 2k ke atas memang tak leh claim OT, mengharap pada claim mileage je la. kerja bertambah,masa kerja bertambah tapi gaji masih sama. Kalau siang dah kena duduk site,masa bila pulak nak buat report? Tentulah waktu malam ye dak?

Start harini memasing dah dapat surat tamat perkhidmatan. Sorang-sorang dipanggil masuk bilik HR. Ada muka sedih,ada muka tak puas hati,muka keruh..macam-macam ekspresi.

Part Yang Sedih

Yang paling sedih,ak kat pantry,ada dengar staff unit aku cakap “saya dah kerja elok dah,semua dia minta saya bagi ikut due date,still kena terminate”..

Sorang kerani unit lain jawab “ala si tiha tu bukan tau hargai pekerja,kau buat la macam mana pun,nasib akk tak duk bawah dia”

Hurmm eh akk,esok lusa akk la pulak dapat surat terminate,just wait and see,harini budak unit saya kena,satu2 HR akan panggil la.tak payah nak burukkan nama saya kalau tak tau situasi.

Company yang buang orang,head yang dapat nama buruk. Dalam hati jela ak mampu jawab.Apa nak jadi dengan negara kita?

Aku tak pandai bab politik,selama ni harga barang naik,tol naik,ak pandang gitu-gitu je,yela masak pun untuk makan sorang (aku tak kahwin lagi), bila makan dgn client or contractor,company yang tanggung,minyak g kerja/site company yang bayarkan.

Rasa Terkesan

tapi harini bila tempat aku cari rezeki mula terminate orang,aku rasa terkesan sangat. Rasa insecure sangat. Harini mungkin kami berempat terselamat, mana tau akan datang kami pulak yang dibuang.

Diaorang ni dibuang tanpa pampasan tau,sebab jawatan kontrak bukan permanent.

Moga kita semua dilimpahi rezeki. Pada yang kena buang kerja,moga ada rezeki di tempat lain.– tiha

Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Kepada mereka yang terkesan diharap bertabahlah. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });