0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Tinggal Kamera Tersembunyi Dalam Hutan, Dapat Gambar ‘Harimau Jadian’

harimau

Pihak Jabatan Perhutanan Poland telah meninggalkan kamera tersembunyi untuk menangkap gambar haiwan liar di dalam hutan.

Namun mereka terkejut  telah berjaya menangkap kelibat kelibat ‘hariamu jadian’.

Seperti yang dilaporkan Dailymail, beberapa keping gambar memperlihatkan seorang lelaki yang bergerak seperti seekor harimau tanpa seurat benang.

Setelah siasatan dijalankan, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Marek H yang berasal dari Republik Czech.

Lelaki ini dikatakan telah berlegar-legar di hadapan kemera berkenaan yang diletakkan jauh di dalam hutan.

Dia dikatakan melakukan aksi berkenaan dalam separa sedar selepas mengambil sejenis ubat penenang dikenali sebagai LSD.

Pengambilan ubat ini secara berlebihan menyebabkan fikirannya mengalami halusinasi.

Pihak perhutanan yang mengambil kamera berkenaan untuk meneliti rakaman nyata terkejut melihat ‘harimau jadian’ berkenaan.

Pita rakaman tersebut juga telah diserakkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Pihak polis telah berjaya menahan Marek yang baru berusia 21 tahun berkenaan, dia mengaku telah mengambil dadah LSD secara berlebihan, katanya selepas menggunakan dadah berkenaan dia merasakan dirinya seolah-oleh seekor Harimau Siberia.

Semasa berkhayal, dia menyatakan dirinya ketika itu adalah diri sebenarnya dan berhubung dengan Harimau Siberia yang lain.

Dalam masa lapan jam dia ‘menjadi’ harimau Siberia, lelaki berkenaan telah merangkak sejuah 15.5 batu di sepanjang sempadan hutan Poland.

Beliau bagaimanpun hanya didenda kerana pihak berkuasa tidak menemui apa-apa jenis dadah padanya. -PENMERAHDOTCOM

1 2

3

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });