0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Ular Dalam Kapal Terbang Cetus Suasana Panik

ular

Seekor ular berwarna hijau ‘muncul’ di dalam kapal terbang yang menyebabkan penumpang panik dan kapal terbang terpaksa membuat pendaratan cemas.

Kejadian itu berlaku dalam kapal terbang penerbangan Aeromexico 231 yang dalam perjalanan dari Torreon ke Mexico City, Mexico.

Kemunculan ular itu berjaya dirakam oleh seorang penumpang yang kemudian memuat naik video itu di media sosial.

Video tersebut menjadi viral kerana ianya sepserti di dalam adegan filem ‘Snake On A Plane’.

Penumpang dengan segera mengosongkan bahagian tempat duduk di tempat ular itu bergayut di atas siling kapal terbang terbabit.

Selepas beberap tika, ular itu jatuh ke lantai dan ada penumpang dengan beraninya memerangkap reptilia itu dengan kain selimut yang disediakan oleh attendan penerbangan.

Profesor sebuah universiti itu dilaporkan membantu menangkap ular tersebut.

Laporan media tempatan mengadakan ular tersebut dari spesis Viper hijau yang beracun.

Kejadian berkenaan memaksa kakitangan pesawat berjumpa dengan juruterbang dan merancang pendaratan kecemasan. Tiada yang cedera dalam kejadian tersebut.

Aeromexico dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut dan akan mengambil langkah bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berlaku lagi. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });