0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Wanita Dipaksa Kahwin Dengan Senapang Diacu Ke Kepala

pakistan

Ini merupakan kisah sedih yang melanda seorang wanita yang baru berumur 15 tahun. Kes ini berlaku di Pakistan yang mana Tabassan Khan dipaksa berkahwin dengan sepupu sendiri.

Yang menyedihkan, wanita ini dipaksa berkahwin dengan senapang diacukan di kepala.

Tabassan Khan sebenarnya menetap bersama ibu saudaranya di Doncaster, Britain sebelum dia dibawa ke Pakistan. Dia ingatkan kepulangan ke Pakistan adalah untuk bercuti di sana.

Menceritakan pengalaman buruk itu, dia akhirnya berkahwin dengan sepupunya itu yang berumur 21 tahun dan mereka tinggal bersama lelaki itu selama tiga tahun.

Tembelang pecah apabila Tabassan mengetahui perkahwinan itu dirancang supaya sepupunya itu dapat memohon visa untuk datang ke Britain. Remaja itu terpaksa naik turun ke mahkamah untuk memohon perceraian di Pakistan.


Sejak pakai Deeja Cosmetic ni, makin ramai duk tegur pakai ape je sampai kulit muka glowing setiap hari.. Konfiden level pun semakin tinggi.. Bagus lahhh Deeja Cosmetic ni.. Nak order –>> Hotline 0196945950 .. 


Ini komennya:

“Saya ingatkan saya ke Pakistan untuk bercuti, jadi saya sangat gembira. Malangnya selepas dua bulan, apabila saya tanyakan kepada bapa saudara saya bila saya akan balik ke Britain, dia hanya mendiamkan diri.

“Selepas empat bulan, dia datang ke bilik saya dengan senapang dan memaksa saya mengahwini sepupu saya. Saya enggan tetapi mereka mengugut akan membunuh adik beradik saya.

“Saya tiada pilihan…”

Sedikit latar belakang Tabassan, bapanya berada di penjara kerana membunuh ibunya ketika dia berusia hanya 12 tahun dan terpaksa menetap bersama saudara mara serta tiga adik beradiknya yang lain di rumah berkenaan.

Kini Tabassan sudah berusia 26 tahun dan berusaha melupakan pengalaman dan mimpi buruk itu. – PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });