0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Cara Mudah Hilangkan Bau Hapak Kasut

Cara Mudah Hilangkan Bau Hapak Kasut

bau

Kepada mereka yang memakai kasut untuk bekerja, sememangnya kerap kasut akan berbau hapak.

Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai kaki yang kerap berpeluh serta jarang menukar stokin.

Kadangkala ada yang terpaksa mencuci kasut dan ianya mengambil masa untuk kering.

Ini cara untuk menghilangkan bau hapak kasut.

Jom baca: (Sumber-Cari/SajaKongsi)

1. Ambil 2-3 uncang teh yang telah digunakan, supaya bahan tannin sudah terkeluar

2. Letakkan uncang tersebut ke dalam kasut yang berbau

3. Biarkan selama satu malam dan pastikan kasut tersebut diletakkan di tempat yang kering

Saya ada sebut satu bahan bernama tannin di dalam serbuk teh dalam uncang tadi di atas.

Bahan tannin adalah satu bahan yang berkesan yang mampu membunuh bakteria yang ada di dalam serbuk teh. Untuk keluarkan bahan tersebut, kita perlu masukkan serbuk teh ke dalam air panas beberapa minut, barulah ianya keluar.

Hasilnya akan memeranjatkan anda. Cara mudah ini benar-benar berhasil

Untuk pengetahuan semua, uncang teh dapat menghapuskan bakteria penyebab bau busuk dan cara ini tersangat lah mudah serta praktikal.

Selamat mencuba! -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas