0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

PPIM Dedah Cara Kenalpasti Minyak Kitar Semula

ppim-minyak

Minyak masak sememangnya bahan yang penting untuk memasak. Kini sedang hangat diperkataakn tentang penjualan minyak kitar semual yang tidak baik untuk kesihatan.

Ketua Aktivis PPIM Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, pengguna boleh mengenal pasti minyak masak yang di kitar semula.

Caranya ialah dengan cara perap minyak yang dibeli di dalam peti sejuk selama dua jam. Selepas dua jam, jika minyak itu berbuih, maka terbukti ia telah dikitar semula.

Ini komennya:

“Pelbagai bukti telah ditemui namun sehingga kini penjualan minyak kitar semula ini tetap berleluasa dan PPIM mendapati 90 peratus dari restoran di Malaysia menggunakan minyak kitar semula ini,”

“Seharusnya masyarakat tidak berkompromi dengan harga yang murah, sebaliknya selidik terlebih dahulu sebelum membelinya di pasar malam atau sebaliknya.

“Kami berharap pihak berkuasa mengambil berat perkara ini. Lakukan pemantauan supaya ia tidak terus berleluasa. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit.

“Kemungkinan minyak masak kitar semula yang diproses daripada minyak yang dikumpul dari dapur restoran tidak halal. Mungkin minyak tersebut telah digunakan untuk goreng daging khinzir dan disimpan dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam dengan harga yang murah,”

Cara lain untuk ketahui minyak masak kitar semula ialah dengan memasukkan seulas bawang putih ketika menggoreng sayur.

Kika bawang putih jadi merah, itu menunjukkan kandungan minyak kitar semula yang sangat beracun.

PPIM menyeru pihak berkuasa bertindak membuat tinjauan dan memeriksa peniaga pasar malam yang menggunakan minyak masak kitar semula. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });