white

Lintah Masuk Dubur?

by Pen Merah on May 14, 2012

in Cerita Aku

Salam..

ne 01.1 Lintah Masuk Dubur?

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di Kampung Paya Rambai, Ketereh di sini melalui pengalaman mengerikan apabila seekor lintah yang saiznya lebih besar daripada ibu jari orang dewasa memasuki duburnya ketika dia menangkap ikan di sawah berdekatan rumahnya tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, tetap bernasib baik walaupun duburnya mengalami pendarahan akibat dimasuki lintah. Ini kerana lintah tersebut yang boleh memanjang sehingga 25 sentimeter berjaya dikeluarkan setelah mengamalkan petua orang tua iaitu dengan makan belalang.

“Saya dan tiga orang rakan pergi ke sawah (yang terletak kira-kira 500 meter) dari rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur. ”Sebaik sahaja pulang ke rumah saya dapati dubur berdarah dan keluarga saya mengesyaki mungkin lintah telah memasuki dubur, lalu nenek menyuruh makan belalang.

“Sepuluh minit kemudian saya membuang air besar dan lintah tersebut keluar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam

 

 

P/s: Beza lintah dengan pacat, lintah boleh masuk dalam dubur salah satunya sebab boleh scrath dengan lebar dan jugak boleh membiak dalam perut untuk jangka masa yang lama. Pacat pulak biasanya lepas hisap darah terus menjatuhkan diri sendiri. Ikutkan kes budak ini, kalau dibiarkan mungkin boleh mengakibatkan kematian. More info pasal lintah, boleh masuk dalam blog lama aku fisherriessite.

 

{ 5 comments… read them below or add one }

nisafuzi May 14, 2012 at 6:58 am

menakutkan ! pakai sua dalam besi la masuk sawah.
nisafuzi recently posted..Pemandangan di Awana Genting HighlandsMy Profile

Reply

Pen Merah May 14, 2012 at 6:59 am

pakai yg besi pun boleh sebab dia boleh mengecut.hahahaa
Pen Merah recently posted..Gambar Fasha Sandha dan Jejai Berbulan Madu di Pulau RedangMy Profile

Reply

Madam Riena May 14, 2012 at 7:34 am

eeeeeee… gelinya… takut pun ada.. seram lagi la ada.. nasib baik ar tak der jadi apa2 kat budak tu..
Madam Riena recently posted..Jom bergayaMy Profile

Reply

Daniel Chiam May 14, 2012 at 11:39 am

Terkenang daku pada pacat masa jungle trekking dekat Awana Genting :D

Ntah ntah… haha
Daniel Chiam recently posted..I am a Featured TwittererMy Profile

Reply

Nur ainin sofia bt mohd noor May 15, 2012 at 9:30 am

eeeee… geli tgok lintah tue…
Nur ainin sofia bt mohd noor recently posted..Menangi Galaxy Tab 10.1 dari Najwa LatiffMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!