Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record?

by Pen Merah on July 12, 2012

in Hiburan

Salam..

Waahhh kecil – kecil cili padi haaa ni lama pepatah sesuai buat adik Mia Sara Nasuha Mohammad Ridhuan, 7, di atas kejayaannya yang dianugerahkan sebagai pelakon termuda dalam Festival Filem Malaysia (FFM) yang juga disenaraikan dalam Malaysian Book Of Records. Memang patut pun sebab aku rasa Mia antara pelakon muda yang banyak berlakon tak kira drama mahupun filem. Clap lelaju buat adik Mia. hikhik

mia sara Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record?

 

Bagi Mia, dia berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah kepada dirinya. Pelakon cilik itu sentiasa mengingatkan dirinya untuk tidak mudah lupa diri dan akan berusaha dengan lebih gigih di masa hadapan. Kejayaannya itu banyak dikongsi bersama peminat-peminat di laman sosial Twitternya sendiri.

mia tweet Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record?

“Mia nak ucapkan terima kasih pada yg ucapkan tahniah pada Mia. InsyaAllah Mia tak lupa diri. Mia akan usaha lebih gigih lagi masa depan icon wink Mia Sara Nasuha Disenarai Dalam Malaysia Book of Record? ,” tulis Mia dalam Twitternya semalam. Beberapa keping gambarnya juga dimuat naik untuk berkongsi kegembiraannya bersama para peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Selama penglibatan dalam bidang seni, Mia sudah pun dianugerahkan dengan tiga anugerah iaitu Pelakon kanak-kanak terbaik dalam Festival Filem Malaysia 24, Best Kid Actress oleh TV# Kids Awards; dan Youngest Actress Winning Festival Film Malaysia oleh Malaysian Book of Records. Mia juga pernah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Filem Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular 2011.

P/s: Tahniah buat Mia Sara Nasuha dan aku doakan beliau akan terus aktif dan memberi yang terbuat dalam industri seni. Waaaa kecik – kecik dah berbakat memang bertuah badan.

{ 15 comments… read them below or add one }

Madam Riena July 12, 2012 at 8:15 am

wah, si comel dapat anugerah la.. sangat2 suka tengok Mia ni. comellllllll.. tahniah Mia.. :)
Madam Riena recently posted..SENDIRI ITU TERAPIMy Profile

Reply

nadia July 12, 2012 at 1:55 pm

semoga mia akan selalu berjaya dalam bidang di caburi…tapi mia kena ingat walau mia da berjaya dalam bidang nie tapi pelajaran kad sekolah jngan lupa erk adik ku comel…..akak akan sentiasa sokong mia begitu juga dngan peminat2 mia yg lain….so good luck…

Reply

sweenie alvaro July 12, 2012 at 8:17 am

tahniah adik mia………

Reply

sweenie alvaro July 12, 2012 at 8:18 am

tahniah adik mia

Reply

mommyNana July 12, 2012 at 8:25 am

tahniah tahniah…. ;)
mommyNana recently posted..Destinasi Selepas BerpantangMy Profile

Reply

wdwdw July 12, 2012 at 8:45 am
muhammad yahya July 12, 2012 at 8:55 am

tahnia…datang lah kat sini kawasan jementah,segamat

Reply

sha July 12, 2012 at 9:35 am

tahniah mia :) tahniah gak kat anne sbb header yg cantik dan blog yg sentiasa kemas :)
sha recently posted..Depoh Unit Tunda Kenderaan DBKLMy Profile

Reply

Luvella Verra July 12, 2012 at 10:50 am

Syabas adik Mia! Tahniah !!!!!! luv u ,so cute!

Reply

adhwa atiqah July 12, 2012 at 10:56 am

Tahniah adik Mia Sarah Nasuha kerana berjaya….^_^

Reply

cweetpinky July 12, 2012 at 11:00 am

huhuhu ~ comel :D
cweetpinky recently posted..lusa bertolak ker UTHM *JUMAAT*My Profile

Reply

syukri :) July 12, 2012 at 11:39 am

hai mia…mia nmpk cool…cute…bile jumpa jngn x tegur…ceeewahhhhh…

Reply

Ain Aliya July 12, 2012 at 12:21 pm

Assalamualaikum..Tahniah Mia!! Mia dah buat yang terbaik..Ain sokong Mia..ok bai..

Reply

Nurul Atikah July 12, 2012 at 1:28 pm

Wow,adik Mia..Tahniah ye,truskan usha lgi hgga brjya okey.. :)

Reply

sharina July 12, 2012 at 2:41 pm

thniah mia

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post:

SKYBOX MURAH! MURAH! MURAH!